ZeroTwo

Thursday, August 4, 2011

WHEN I WAS IN SCHOOL : MY ACHIEVEMENTS IN CO-CURRICULUM

SEKOLAH RENDAH 
(Sekolah Kebangsaan Desa Tasik)



-Tempat Ketiga Pertandingan Lompat Tinggi Peringkat Sekolah
(Mewakili Rumah Sukan-Kuning Kategori Lelaki Darjah 6)


-Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Pengakap Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)


P/S : Cuma ingat ada kira-kira 50+ sijil tapi aktiviti yang terlibat tak ingat satu apa pun ==" Kebanyakannya aktiviti2 peringkat sekolah sahaja. Setakat ni yang ni je la yang ingat. Kalau dah teringat balik, boleh edit post ni kan =) 


SEKOLAH MENENGAH 
(Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan)
*Sekolah ini hanya mempunyai satu unit beruniform sahaja iaitu Persatuan Kadet Bersatu Malaysia DARAT (PKBM DARAT) kerana sekolah ini dianggap "anak angkat" kepada Kem Tentera Sungai Besi. Oleh itu, semua pelajar di sekolah ni merupakan ahli PKBM DARAT*


TINGKATAN SATU (2004)


-Johan Pertandingan Perbarisan Rumah Sukan Peringkat Sekolah
(Mewakili Rumah Sukan Ibnu Khaldun-Merah)


TINGKATAN DUA (2005)


-Menyertai Perbarisan Unit Beruniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM DARAT) Peringkat Sekolah sempena Hari Kokurikulum
(Mewakili Pasukan PKBM DARAT Tingkatan Dua)


TINGKATAN TIGA (2006)


-Menyertai Badan Khas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya
(Peringkat Sekolah)


-Menyertai pemilihan untuk masuk skuad utama PKBM DARAT seramai 30 orang dan skuad simpanan seramai 6 orang untuk mewakili sekolah
(Terpilih untuk masuk skuad utama seramai 30 orang. Rank : Junior Private)


-Naib Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili PKBM DARAT Sekolah)




TINGKATAN EMPAT (2007)


-Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah
(Layak sehingga ke Separuh Akhir dan kalah ==")


-Tempat Ketiga dalam Kejohanan Olahraga Sekolah acara 4 X 100 Meter
(Mewakili Rumah sukan Ibnu Khaldun - Merah)


-Naib Johan Pertandingan Melukis Kulit Buku Peringkat Sekolah sempena Hari Pusat Sumber Sekolah
(Mewakili Diri Sendiri, HAHA)


-Tempat Keempat Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)


-Menyertai pemilihan untuk masuk skuad utama PKBM DARAT seramai 30 orang dan skuad simpanan seramai 6 orang untuk mewakili sekolah
(Terpilih untuk masuk skuad utama seramai 30 orang. Rank : Senior Private)


-Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Sekolah - PKBM DARAT)

-Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Zon Bangsar - PKBM DARAT)

-Tempat Keempat Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - PKBM DARAT)

-Menyertai Pertandingan Kawad Senjata Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Sekolah namun terpaksa menarik diri kerana keputusan akademik menurun dan terpaksa menarik diri atas arahan ibubapa. Untuk pengetahuan umum, pasukan saya ini sekali lagi berjaya mewakili WPKL dan mendapat tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan, tahniah kawan2 T.T)

P/S: Faedahnya saya berjaya menguasai Kawad Kaki Formasi, Kawad Senjata, dan Kawad Pedang.. 

Memori pahit yang tak boleh lupa berkenaan kawad kaki: So masa kat UiTM Arau dulu time join Brass Band dulu, rasa macam downgrade, nak kawad betul nampak macam orang gila pulak kan, so terpaksalah jugak buat kawad macam malas2, maklumla Komander pun ajar yang kawad basic sebab ramai yang tak tahu lagi kan. Saya pun dengan ikhlas nak mengajar la beberapa kawan saya, tapi ada pulak orang bajet bagus ni tak nak percaya, pastu nak citer kadet polis dia, bro and babe, kita under PALAPES, so lebih kepada tentera, and PKBM DARAT tentera ok, lagipun cara kita belajar semua macam tentera. tumbuk kang haa, haha..


Memori manis yang tak boleh lupa berkenaas kawad kaki: Saya ajar kawan saya di Kolej Matrikulasi Perlis macamana nak Kawad Pedang. Akhirnya dengan kawad pedang tersebut yang nampak lain dari pasukan yang lain telah menyebabkan skuad dia dapat Johan dalam pertandingan kawad formasi di Kolej Matrikulasi Perlis,
Tahniah Hilmi !! ^^V











TINGKATAN LIMA (2008)

-Menyertai Bengkel Pembentukan Remaja Cemerlang sempena Program Jom Tangani Stres di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
(Mewakili Sekolah)

-Menyertai Sambutan Hari Kesihatan Sedunia bersama PROSTAR Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Mewakili Zon Bangsar)

-Johan dalam Kejohanan Olahraga Sekolah acara 4 X 100 Meter
(Mewakili Rumah sukan Ibnu Khaldun - Merah)

-Johan Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)

-Tempat Keempat Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Mewakili Zon Bangsar)


-Pelajar Terbaik SPM 2008 bagi matapelajaran Science
(Peringkat Sekolah)

P/S: Setakat ni sahajalah aktiviti-aktiviti yang penting yang dapat salin, aktiviti2 lain semua dah tak ingat sebab sijil-sijil semua campak mana tak tau.. Yang lain dan lupa tu maybe cuma aktiviti-aktiviti yang melibatkan peringkat sekolah je kot. Ada satu tu wakil KL buat aktiviti kat UIA, time tu jenis tak kisah, so tak ingat nama aktiviti tu.. Nanti kalau jumpa or ingat edit je la post ni kan, hahaha


[Pelajar terbaik Ko-Kurikulum peringkat Sekolah]


[Tempat Ketiga di Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam pertandingan Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Kategori Sekolah Harian Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur]

3 comments: