dan SALAM SEJAHTERA
Apa khabar korang semua? Harap2 sihat la ya.. Ok post kali ni nak sembang pasal Hari Bapa iaitu hari sedunia yang diraikan dan hari yang istimewa bagi anak-anak untuk tunjukkan rasa kasih sayang diaorg kepada ayah mereka..
dan bagi yang mereka yang kurang bernasib baik ada yang xsempat jumpa bapa mereka sejak dilahirkan or masih kecil. Mungkin mereka ni ada kelebihan yang lain yang Tuhan kurniakan kepada mereka disebalik kehilangan bapa mereka. Kepada golongan ini, semoga tabah dan selalu mendoakan bapa anda..
Yang masih ada bapa hargailah mereka ni.. Tanpa mereka siapalah kita..
Memandangkan jam menunjukkan dah melebihi pukul 12 tengah malam, so maknanya dua hari yang lepas saya ada dengar kat satu pesanan ni kat siaran radio. Tak ingat la pulak siaran radio apa.. Lebih kurang mcmnila yang cuba disampaikan iklan radio tu yang membuatkan hati terdetik:
"Ketika aku berusia 7 tahun, aku selalu memikirkan yang ayahku seorang yang hebat!! Ketika aku berusia 14 tahun pula, aku selalu memikirkan bahawa ayahku merupakan ayah yang paling hebat daripada ayah orang lain!! Namun ketika aku berusia 25 tahun aku mula memikirkan yang ayahku ini seorang yang ketinggalan zaman.. Dan sekarang bila aku sudah bergelar seorang bapa baru ku sedar bahawa kata-kata ayahku adalah benar"
Bila dengar betul2 kat radio, rasa macam sedikit sebak, yela mana tidaknya, masa saya kecik2 pun slalu jugak fikir yang ayah saya paling hebat.. walaupun umur dah 20 tahun julai ni, sampai sekarang pun still saya rasa ayah hebat dalam pelbagai aspek, walaupun kadang-kadang tu ada sedikit perselisihan pendapat dan fahaman. So, bila terdengar dalam radio yang umur 25 tahun yang ayah dia ketinggalan zaman, kadang2 tu saya terfikir jugak, takut kalau saya pulak yang jadi macam orang dalam iklan tu, harap2 janganla jadi mcmtu.. maklumla jiwa muda, hati mula memberontak, suka full throttle in life. Selalunya benda2 mcmnila blh buat kita sebagai anak hantar ibu bapa ke rumah orang2 tua, derhaka, biadab, tak dengar cakap dan sebagainya.. Ya Allah jauhilah kami ini daripada derhaka kepada ibubapa..Amiin..