ZeroTwo

Monday, August 22, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 3

ASSALAMUALAIKUM WBT




Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEBELAS
(11 RAMADHAN):



-INTRODUCTION-
Pada malam ni ustaz ni memberi tazkirah tanda-tanda besar kemunculan Dajjal. Kalau tanda-tanda kecil ada banyak dan ada pelbagai hujah-hujah, so dia cuma beritahu tanda-tanda besar dulu untuk kita melihat gambaran suasana pada ketika itu. Dia mengambil dari kisah-kisah dari Hadis yang Sahih bukannya dari hadis-hadis yang tidak sahih.. Setiap kali ustaz tu bercerita dia akan masukkan surah-surah atau dalil-dalil untuk membuktikan kisah itu, walaubagaimanapun saya bukanlah Tahfiz al-Quran atau Perawi Hadis untuk menulis kembali apa ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis yang telah diberitahu dan dibacakan dan saya minta maaf kerana tak sertakan dalil-dalil sebab saya tak ingat T.T woo woo~ nak tulis xtau pulak nak eja, salah eja karang salah baca, dosa (Ya Allah ampunilah dosa-dosa kita kerana lalai dan lupa). Kalau curious gak kesahihan cuba try search internet =) Ok, entry saya kali ni saya akan menulis gambaran atau kisah-kisah yang saya dengar pada malam ini. Ok, sekian sahaja introduction kali ni.. (Panjangnya intro) Let's start!! =)




-Tiga tahun sebelum kemunuculan Dajjal adalah 
“Sesungguhnya tiga tahun sebelum kemunculan Ad-Dajjal, di tahun pertama, langit menahan sepertiga air hujannya, bumi menahan sepertiga hasil tumbuhannya, dan di tahun kedua, langit menahan dua pertiga air hujannya, dan bumi juga menahan dua pertiga hasil tanamannya. Dan di tahun ketiga langit menahan seluruh yang ada padanya dan begitu pula bumi, sehingga binasalah setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku.”
(“Kisah Dajjal”— Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani; Pustaka Imam Asy-Syafi’i; hlm. 92)


Ayat ustaz yang bagi tazkirah pada malam tu lebih kurang macam ayat di atas ni la. Ayat di atas ni saya search kat internet sebab saya lupa peristiwa hujan tak turun ni time Dajjal atau Yakjuj Makjuj, tetapi sekarang dah tahu.. 


Tahun Pertama : Ditahan Satu per Tiga (1/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


Tahun Kedua : Ditahan Dua per Tiga (2/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


Tahun Ketiga : Ditahan Seluruh (3/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


(Macamanalah agaknya kan pada tahun ketiga tu. Tak dapat bayangkan)


-Lagi tanda kemunculan Dajjal adalah apabila umat Islam bergabung dengan umat Kristian dan membuat perjanjian damai untuk menjatuhkan satu musuh (dalam hadis tidak memberitahu siapa musuh tersebut) lalu umat Islam dan umat Kristian menang besar untuk menjatuhkan satu musuh itu.


-Selepas kemenangan besar itu, umat Kristian tiba-tiba mengangkat Panji (Salib) mereka yang besar dan timbul rasa ketidakpuasan hati di kalangan umat Islam, lalu umat Islam mengambil keputusan untuk merobohkannya (menjatuhkannya). Maka perjanjian damai antara umat Islam dan Kristian akhirnya musnah, lalu berlakunya pertempuran di kawasan setempat itu. Umat Islam menang dalam pertempuran itu, tetapi 9 daripada 10 orang Islam mati dan hanya 1 daripada 10 orang sahaja yang hidup. Ada pendapat mengatakan 99 daripada 100 orang mati dan hanya 1 daripada 100 orang yang hidup.. Orang Islam yang mati ketika itu dianggap mati Syahid..


-Akhirnya Dajjal muncul diantara tengah-tengah negara Iraq dan Syam (Bukan seperti sempadan yang manusia cipta ni, tetapi ditengah2. Ini je ustaz tu sebut). Dajjal mata kanannya dikatakan rosak (buta). Dia berjalan tidak melihat kiri dan kanan, hanya memandang ke hadapan dan apabila ia menoleh kiri atau kanan maka akan berlakulah kemusnahan.


-Dajjal menjelajah ke seluruh pelosok dunia, dan di antara destinasi-destinasi "favourite" dia adalah di kampung-kampung kerana mereka dikatakan senang untuk dihasut oleh Ad-Dajjal. Ad-Dajjal akan menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan dan menghidupkan orang yang telah mati.. Ada seorang pemuda yang kematian Ibubapanya di sebuah kampung, lalu Ad-Dajjal ini dengan kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt, Ad-Dajjal ini menghidupkan kembali ibubapa pemuda itu dan ibubapa yang hidup itu padahal bukanlah roh ibubapa yang asal kepada pemuda itu, tetapi Syaitan Laknatullah yang masuk ke dalam jasad ibubapa pemuda itu.. Syaitan yang menyamar sebagai ibubapa kepada pemuda itu menyuruh pemuda itu beriman kepada Ad-Dajjal.. Ramai diantara mereka yang beriman kepada Ad-Dajjal.. Itulah antara kekuasaanya yang dikurniakan oleh Allah swt untuk menguji keimanan hamba-hambaNya.


-Semasa Ad-Dajjal hampir menguasai dunia, hanya ada dua tempat yang selamat dan dilindungi oleh Allah swt. Allah swt mengutuskan ramai / banyak Malaikat yang melindungi pintu masuk ke Kota Mekah dan Kota Madinah dengan pedang yang tidak bersarung (maknanya Malaikat-Malaikat sentiasa besedia). Ramai umat Islam yang berlindung di kedua-dua Kota ini..


-Akhirnya Ad-Dajjal tiba juga dihadapan Kota Madinah. Sewaktu Ad-Dajjal itu tiba di Kota Madinah, Madinah bergegar sebanyak tiga kali dan Ad-Dajjal menyeru agar orang-orang di Kota Madinah beriman dengannya. Setelah diuji keberanian mereka dengan gegaran dan diuji pula keimanan dengan seruan Ad-Dajjal, akhirnya ramai orang Islam sanggup keluar dari Kota Madinah dan menjadi pengikut Ad-Dajjal walaupun mereka mengetahui Madinah dilindungi Malaikat. Ramai pengikut-pengikut yang lemah Imannya menjadi pengikut Ad-Dajjal dan kebanyakkannya tergolong daripada kaum Wanita, sehinggakan lelaki-lelaki atau suami-suami di Kota Madinah terpaksa mengikat isteri-isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka di tiang2 kerana tidak mahu mereka mengikut Ad-Dajjal.


(Ada sahabat Rasulullah SAW yang merupakan seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kisah yang diceritakan oleh Baginda pada ketika itu tentang kemunculan Ad-Dajjal ini: Ya Rasulullah, dimanakah orang-orang Arab yang dianggap bangsa yang hebat pada ketika itu?? Baginda menjawab: Kebanyakkan orang-orang Arab berada di Baitul Maqdis)




-Akhirnya, tiba waktu solat, seluruh umat Islam yang ada didalam Kota Madinah yang masih beriman bersedia untuk menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi. Semasa Imam Mahdi ingin menjadi imam kepada solat, tiba2 Nabi Isa AS turun (muncul) ditengah-tengah para jemaah. Imam Mahdi lalu mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada Nabi Isa AS untuk menjadi imam. Lalu Nabi Isa AS menolak (menyuruh) Imam Mahdi mengimamkan solat itu. Solat itu diimamkan oleh Imam Mahdi.


-Setelah menunaikan solat, Nabi Isa AS keluar dari Kota Madinah untuk berdepan dengan Ad-Dajjal.. Dikatakan hanya dengan nafas Nabi Isa AS sahaja mampu mencairkan Ad-Dajjal, tetapi Nabi Isa AS tetap membunuh Ad-Dajjal dengan senjatanya. Apabila matinya Ad-Dajjal maka berlari bertempiaranlah pengikut-pengikut Ad-Dajjal.


-Setelah matinya Ad-Dajjal, Nabi Isa AS memerintah DUNIA YANG ADIL selama 40 tahun. Sehinggakan bersedekah dianggap sesuatu perkara yang membazir dan tidak perlu kerana tidak ada seorang pun yang miskin pada ketika itu.


-Setelah 40 tahun dunia hidup dalam keadaan yang aman dan penuh keadilan, Nabi Isa AS akhirnya wafat. Selepas kewafatan Nabi Isa AS, dunia kembali sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menjadi seperti zaman jahiliah kembali (bahkan lebih teruk daripada zaman kita). Sehingga pada ketika itu, perbuatan zina berlaku di jalanan serta tidak malu atas perbuatannya. Begitu juga pada ketika itu, apabila ada seorang pemuda Islam terdengar kalimah "La ilahailallah" dia akan berkata "aku pernah dengar kalimah itu disebut oleh atuk ku" (Begitu jahil sekali orang Islam pada masa itu)


-Apabila tiba waktu itu, akan tiba satu "angin" yang akan membunuh semua Umat Islam pada ketika itu. Pada waktu itu juga, yang tinggal hanyalah Yakjuj Makjuj bersama-sama orang kafir. Dunia menjadi seperti zaman Jahiliah kembali. Selepas itu Allah memerintahkan Malaikat untuk meniup Sangkakala, maka segala kehidupan yang ada mati termasuk Malaikat-malaikat serta malaikat yang meniup Sangkakala itu. Selepas semua kehidupan mati, Allah swt menghidupkan kembali Malaikat yang meniup sangkakala dan menyuruh ia meniup sangkakala untuk kali kedua. Maka pada tiupan kali kedua, segala kehidupan bangkit kembali di Padang Masyar untuk dihisab.


-Semua manusia dalam keadaan berbogel dan tidak kenal erti malu kerana terlalu bimbang akan nasibnya yang akan berlaku. Orang yang baik timbangannya, dia akan menerima buku amalannya dengan tangan kanannya dan tangan kiri bagi orang yang buruk timbangannya.


-Semasa melintasi titian sirat yang dihadapannya Syurga dan dibawahnya Neraka, ada pelbagai jenis manusia ketika melintasi titian Sirat, ada yang sepantas cahaya, ada yang sepantas angin, ada yang sepantas menuggang lembu / unta / kambing (Haiwan Korban), ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang merangkak, ada yang mengesot, ada yang tergelincir ke dalam Neraka.


-Orang Islam akan masuk ke Syurga akhirnya. Orang yang terakhir yang menjenguk dari Neraka untuk masuk ke Syurga adalah lelaki. Dia menjenguk ke dalam Syurga dan berkata Syurga telah penuh, bagaimana dia hendak masuk. Lalu Allah swt memberitahu lelaki itu bahawa Syurga tidak penuh bahkan setiap seorang penghuni Syurga akan mempunyai ruang mereka sendiri iaitu seluas 10 kali ganda besar Bumi (Ni kalau xcukup jugak xtau la ==" )


TAZKIRAH TERAWIH HARI KEDUA BELAS
(12 RAMADHAN): 


-Ustaz penceramah pada malam ini menceritakan sedikit tentang Imam Maliki dan Imam Syafie.


-Imam Syafie pelajar yang berguru dengan Imam Maliki.


-Imam Syafie telah menghafaz al-Quran sejak beliau berumur 9 tahun lagi. Pada umur 10 tahun beliau menghafal kitab al-Muwatta' karangan Imam Maliki.


-Imam Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali setiap hari dalam solat, yang dikhatamkan di dalam lima solat fardhunya. Maka dalam sebulan Imam Syafie akan khatam al-Quran sebanyak 60 kali. Itu baru sahaja khatam al-Quran yang dikhatamkan didalam solat, belum lagi dicampur dengan hafazan al-Quran yang dikhatamkan ketika tidak dalam solat. So, total Imam Syafie khatam al-Quran dalam sebulan hampir beratus kali la jugak. SubhanAllah! Banyaknya, Alhamdulillah..


-Imam Maliki menunaikan solat sunat Terawih sebanyak 36 Rakaat 


SOLAT TERAWIH


-Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar, solat sunat Terawih mereka hanya lakukan di rumah. Ustaz ni beritahu ada Hadith meriwayatkan "Menunaikan solat lebih baik dilakukan di rumah melainkan yang Fardhu". So, maknanya solat sunat lebih baik dilakukan dirumah, melainkan lima waktu solat fardhu itu, yang kita hendaklah solat secara berjemaah di masjid atau surau. 


-Tetapi berbeza pada zaman pemerintahan Saidina Umar, apabila beliau melihat keadaan yang semakin ramai umat Islam yang sembahyang bersendirian di tiang-tiang masjid, di hujung bucu-bucu ruang masjid dan terlalu bersepah atau serabut di ruangan masjid, maka Saidina Umar menyeru agar mereka menunaikan solat sunat Terawih dilakukan secara berjemaah. Sejak itulah Solat sunat Terawih dilakukan secara berjemaah.


-PENDAPAT PERIBADI SAYA : Saya rasa lebih baik kita pergi solat sunat Terawih di masjid atau surau. Kenapa?? Ada 2 bonus :

1) Sebab di masjid atau surau merupakan tempat utama Rahmat Allah swt diturunkan.





2) Selesai sahaja solat sunat Terawih akan ada Tazkirah Ramadhan. Menghadiri majlis ilmu kan lebih baik daripada solat sunat 1000 Rakaat, ada juga yang berpendapat bahawa lebih baik daripada solat sunat 100 Rakaat.


Memang betul ayat didalam Hadith tersebut bahawa solat sunat di rumah lebih baik dan tidak salah pun. Tetapi Tazkirah Ramadhan tidak dilakukan sepanjang tahun. Mungkin pada bulan-bulan yang lain ada juga majlis ilmu, tetapi cuba jujur dengan diri kita sendiri adakah kita akan hadir majlis ilmu tersebut di surau-surau atau masjid-masjid pada bulan-bulan yang lain?? Mungkin ada yang beri alasan sibuk, tiada masa, errrr dan lain-lain (termasuk dengan diri saya jugak). Kalau ada yang menghadirkan diri maka Alhamdulillah. 


Tapi kalau kita menuntut ilmu Fardhu Kifayah pun dikira majlis ilmu tau. So, tazkirah ni kira macam BONUS la. So, dengan menghadiri majlis ilmu dapatla jugak bonus kan.. Yang mana pergi solat sunat Terawih tu kalau boleh janganlah terus keluar dari masjid atau surau setelah selesai solat Terawih, cuba try dengar tazkirah tu, kadang-kadang ada banyak perkara yang kita tak tahu. Kalau korang keluar awal maka korang tak dapatlah 2 perkara bonus yang saya sebut sebelum ni. Baik korang solat dirumah je =)


*NASIHAT INI UNTUK DIRI SENDIRI DAN DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK SEMUA, so tak payah nak condemn2 yang saya bajet bagus ke apa. Lu taknak lu berambus, haha gurau je*



TAZKIRAH TERAWIH HARI KETIGA BELAS
(13 RAMADHAN): 


-Malam ni tak banyak kisah yang jarang kita dengar.. Pada malam ni saya hanya mencatat yang ustaz tu memberitahu :


Kalau kita sedang bersahur kemudian azan Subuh berkumandang dan makanan di atas pinggan masih lagi tidak habis, maka kita masih boleh lagi menghabiskan makanan di dalam pinggan tersebut, dan air boleh minum seteguk dua untuk mengelakkan dari tercekik walaupun azan telah berkumandang.


Tetapi jangan la dah habis separuh pinggan pastu gi tambah lagi nasi atau dah habis makan boleh pulak gi hisap rokok dulu, haa tu memang tak boleh la kan ^^





TAZKIRAH TERAWIH HARI KEEMPAT BELAS
(14 RAMADHAN):


-Malam ni saya pergi solat Terawih kat tempat lain iaitu di Bandar Seri Putra, Selangor..
Hmm, Tazkirah malam ni memang saya tak ada hilang nota ke atau apa ke, cuma pada malam ni saya tak salin apa-apa nota sebab semua tazkirah yang dia beri semuanya saya rasa kita tahu dan sedia maklum. Contohnya, lambatkan bersahur dan awalkan berbuka. Berbuka jangan makan terlalu banyak nanti terawih tak larat dan sebagainya.



TAZKIRAH TERAWIH HARI KELIMA BELAS
(15 RAMADHAN):


-Malam ni saya pergi berbuka puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa. So, tiada tazkirah.. Walauapapun pengalaman berbuka disitu memang seronok. Hargailah Ibubapa korang semua sementara mereka masih hidup.. Kesian tengok budak-budak ni.. Semoga mereka berjaya diDunia dan Akhirat. Amiiin~



Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..


Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment