Wah! Dah lama tak post kat blog ni.. Post kali ni adalah tentang Instrument and Background Music yang saya ada dan suka buat masa ni. Instrument and Background Music ni selalu digunakan dalam mana-mana filem, drama, sitkom, video dan lain-lain. Ia bertujuan untuk menimbulkan 'mood' atau perasaan apabila kita menonton sesebuah rancangan itu dalam media massa elektronik seperti di internet, television, wayang dan lain-lain.
So kali ni nak share dengan korang, mana tau korang boleh guna lagu-lagu ni untuk buat background music untuk video korang or video assignment korang. Kebanyakkan lagu-lagu ni ada saya guna untuk buat video assignment. Yelah, tak kan masa korang tengah buat video Mandarin or Arab korang nak letak lagu yang ada lirik, memang tak dengar la kan korang cakap apa, pastu kalau tak letak music bosan pulak nanti..
So kali ni nak share dengan korang, mana tau korang boleh guna lagu-lagu ni untuk buat background music untuk video korang or video assignment korang. Kebanyakkan lagu-lagu ni ada saya guna untuk buat video assignment. Yelah, tak kan masa korang tengah buat video Mandarin or Arab korang nak letak lagu yang ada lirik, memang tak dengar la kan korang cakap apa, pastu kalau tak letak music bosan pulak nanti..
Setiap music saya akan listkan:
-TITLE: [Title of Songs]
-TYPE: HAPPY / SAD / HORROR / ACTION / MORALE BOOSTER
-MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: [Description]
(Mood ni ada terlalu banyak. Kadang-kadang tu tak semua music ada satu jenis perasaan je, so, saya cuma groupkan mengikut lagu itu yang paling hampir dengan perasaan jenis apa)
So, berikut adalah senarai Instrument and Background Music yang saya simpan dalam koleksi (SORT BY NAME):
1) TITLE: 01. Tomandandy - Tokyo - Resident Evil Afterlife 3D - Soundtrack OST
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Masa mula-mula tengok movie dia part kat Tokyo tu, muncul lagu ni. Bagi saya lagu ni mmg sesuai dengan situasi time tu dia macam seram + action. Sejak tu mula minat dgn lagu ni.
Real song starts at 0.53 - 4.32.
2) TITLE: The Lord of the Rings - 10. The Last March of the Ents
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Seperti nama yang diberi The Last March of the Ents, bagi saya lagu ni macam memberi gambaran bahawa inilah “March to the Death” or “Destroy them once and for all” bagi Ents untuk ‘avenged their fallen brothers’. Samada musnahkan pihak musuh atau gugur di dalam medan peperangan. Masa dengar lagu ni kat wayang, darah mengalir laju kot, haha. So, sejak hari tu terus minat lagu ni =)
3) TITLE: 300-Fever Dream by Tyler Bates
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Woah, terus minat lagu ni masa tgh tengok movie dia jugak, masa lagu ni bermula dalam filem 300, dia macam beri jiwa
Strength + Action + Skills + Agility = AWESOME, Haha
4) TITLE: Arrival to Earth - Transformers
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni macam beritahu yang akan ada satu harapan akan datang apabila kita dalam kesusahan. Alaa, kira mcm hero akan datang la, macam saviour. Memang minat lagu-lagu yang ada dalam cerita Transformers =)
5) TITLE: Crows Zero-Into the Battlefield
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni ada dalam satu filem Jepun yang bernama Crows Zero yang menceritakan situasi kat sebuah sekolah gangster kat jepun. Cerita dia menarik dan ada storyline yang best. Lagu ni muncul time akan ada pergaduhan besar antara dua pihak, dan lagu ni macam bagi gambaran bawah kedua-dua pihak tersebut dah prepared, ready to charge and GO~! ‘Into the Battlefield’ ^^V
6) TITLE: Dawn of War - Space Marines Theme
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni merupakan sebuah game strategi Dawn of War, seriously best! Lagu ni menceritakan tentang loyalty sebuah pasukan tentera kepada Emperor. Ni ayat announcement The Emperor for his Space Marines (pada waktu sama lagu ni berkumandang):
"They shall be my finest warriors,
these men who give of themselves to me.
Like clay I shall mould them,
and in the furnace of war forge them.
They will be of iron will and steely muscle.
In great armour shall I clad them
and with the mightiest guns will they be armed.
They will be untouched by plague or disease,
no sickness will blight them.
They will have tactics,
strategies and machines
so that no foe can beat them in battle.
They are my bulwark against the Terror.
They are the Defenders of Humanity.
They are my Space Marines ...
... and they shall know no fear."
7) TITLE: DEAD SILENCE - BY CHARLIE CLOUSER
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni try untuk memberitahu pendengar bahawa something old things yang kita minat masa kecil akan datang balik untuk membalas dendam =)
"Beware the stare of Mary Shaw
She had no children only dolls
And if you see her in your dreams
Be sure you never ever scream"
8)TITLE: Death Note - Low of Solipsism
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Music ni menceritakan satu situasi dimana, seorang yang baik telah berubah menjadi jahat tetapi dia sendiri tidak sedar yang dia dah jadi jahat kerana dia berpegang teguh bahawa mempunyai niat asal yang baik tetapi cara yang dilakukannya adalah salah. Lebih kurang macam Egoism la, dia tau cara dia salah tapi dia modified dengan niatnya yang baik dan akhirnya dia merasakan dirinya di haluan betul.
9) TITLE: Death Note OST-03 - Light's theme
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni macam nak beritahu yang Kira (Yagami Raito) kecewa dengan dunia sekarang yang 'injustice' sebab dia dapati ramai yang bersalah dibebaskan, manakala si mangsa pula teraniaya kerana pesalah tidak dikenakan hukuman dan ada banyak kes yang tertangguh. So after si Kira ni dapat Death Note, dia start to imagine to create a 'Perfect World' dengan membunuh semua penjenayah tanpa memikirkan jika pesalah itu akan menyesal dan jadi baik suatu hari nanti.
10) TITLE: Death Race - (2008) OST - 03 - Death Race Main Titles
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan preparation for something yang tidak pasti pengakhirannya dan kenapa kena bersedia.
11) TITLE: Final Fantasy VII Crisis Core - The Price of Freedom
TYPE: HAPPY
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Haa lagu ni yang paling banyak saya dengar atau mainkan pada waktu cuti sem ni, maybe sebab macam lagu ni seperti lagu kegembiraan dan keceriaan. Namun sebelum sesuatu kegembiraan itu dikecapi, hendaklah kita menghadapi kesusahan dan dugaan dahulu. Sama seperti nama tajuk lagu ni “The Price of Freedom”, untuk mencapai ‘freedom’ tersebut, kena ada pelbagai halangan yang perlu dihadapi, so itulah harga kepada sebuah kebebasan. Actually saya tak pernah pun main game ni, so tak tahu storyline dia dan ini sahaja lah yang saya faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh lagu ni.
12) TITLE: Gladiator Soundtrack - 17 - Now We Are Free
TYPE: HAPPY
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni memberi gambaran bahawa setelah segala dugaan dan halangan yang telah dilalui akhirnya kita mendapat apa yang kita inginkan walaupun tak semua yang kita inginkan berada di tangan kita, cukuplah dengan sedikit impian yang telah dikecapi.
13) TITLE: Immediate Music - Electric Romeo (Choir)
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Haa, lagu instrument yang menaikkan semangat especially time saya tgh main game strategi. Lagu yang menyuruh kita bertindak cepat dan bergerak pantas, tak kira samada dalam membuat keputusan atau melakukan sesuatu perkara. Actually, lagu Electric Romeo ni menyuruh si jejaka bertindak cepat dan bergerak pantas demi mendapatkan atau melakukan sesuatu demi wanita idamannya ><
14) TITLE: Inception (OST) - Dream Is Collapsing
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: My best friend, Mohd Aliff Talha pernah beritahu tentang cerita disebalik lagu ni I totally agreed and I could not agree more with it. Dia beritahu saya yang lagu ni cuba menceritakan tentang suatu situasi dimana, pada awal lagu tersebut (0:01 – 0:33), seseorang mula mengesyaki ada sesuatu yang pelik sedang berlaku, manakala pada pertengahan lagu tersebut (0:34 – 1:33) seseorang itu mula membuat sesuatu untuk cuba membongkar serta mencari kebenaran disebalik misteri tersebut dan pada pengakhiran lagu tersebut (1:34 – 2:23), segala misteri telah terbongkar dan segala harapan dan impian mula musnah.. Senang citer, korang bayangkan yang pasangan korang kantoi dengan korang yang dia ada pasangan lain, LOL~
15) TITLE: KoRn-Intro
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Well, erm, lagu ni macam cuba memberitahu yang something darkness atau kegelapan sedang menghampiri secara perlahan.
16) TITLE: Letters From Iwo Jima Soundtrack
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Haa lagu ni pun saya suka gak. Walaupun saya tak pernah lagi tengok cerita dia tapi apa yang saya faham tentang lagu ni, ia cuba memberitahu kisah pengorbanan, perjuangan, kesedihan dan kesetiaan pada negara. Kisah hidup yang bahagia semasa kecil telah musnah akibat diambil oleh peperangan dan terpaksa berjuang demi mendapatkan balik kebahagiaan yang pernah dimiliki.
17) TITLE: Linkin Park - Wake
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu yang menceritakan pengalaman berada dalam kegelapan, kesedihan, kesuraman dan akhirnya terjumpa cahaya yang mampu menyedarkan diri dan memberi harapan baru untuk menyinar! Owh YEAH! ^^V
18) TITLE: Metal Gear Solid 3-Slow Guitar into MGS theme
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu yang menggambarkan perasaan seorang tentera yang mencari erti hidup dia yang sebenar kerana dia hanyalah klon dan dia tetap melakukan misi dengan penuh ketabahan dan kesetiaan.
19) TITLE: Modern Warfare 3 - Delta Victory
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Macam nama music ni jugak. Lagu ni menceritakan tentang kemenangan sebuah pasukan yang hebat!!
20) TITLE: Modern Warfare 3 Soundtrack -07- Heroes
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu yang menceritakan tentang pengorbanan rakan-rakan yang berkorban demi menyelamatkan rakan-rakan sepejuangan yang lain dan lagu ini didedikasikan untuk mereka yang telah gugur di medan peperangan. The Fallen Heroes.
21) TITLE: Modern Warfare 3 Soundtrack -20- MW3 End Credits
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni dimainkan pada akhir game (semasa Credit). Well, of course rentak lagu ni hampir sama dengan ‘Modern Warfare 3 Soundtrack – 07 – Heroes’ kerana lagu ni dimainkan bagi memperingati pengorbanan rakan seperjuangan lain yang telah gugur dalam medan peperangan.
22) TITLE: MW2- Rangers Full Theme
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni merupakan lagu tema skuad Rangers. Lagu ni tak menceritakan tentang kepantasan, tetapi lebih kepada melambangkan keberanian serta kebijaksanaan dalam merencana ‘tactical’, ‘technic’ dan ‘assault’ sewaktu dalam keadaan kecemasan.
23) TITLE: MW2- Task Force 141 Full Theme
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: – Lagu ni merupakan lagu tema skuad Task Force 141. Lagu ni melambangkan kepantasan membuat keputusan serta bergerak pantas dan kebijaksanaan ketika melakukan tugas ‘Stealth’ n ‘Spy’.
24) TITLE: Requiem for a Dream (orchestral version)
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menggambarkan suatu situasi ketika berada dalam kegelapan atau kekalahan dan cuba bangun perlahan2 mencari cahaya atau kemenangan sedikit demi sedikit walaupun ia hanya dianggap mimpi atau impian. Semasa perjalanan mencari cahaya or kemenangan tu ada pelbagai halangan yang ditempuhi.
25) TITLE: Requiem for a Dream - Main Theme Remix
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni version yang pendek sikit. Dia actually sama je dengan Requiem for a Dream (orchestral version). Cuma yang ini dia terus masuk ke part yang rancak.
26) TITLE: SAW Soundtrack - Hello Zep - By Charlie Clouser
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni mencerminkan perasaan cemas, masa bergerak pantas, harapan yang tipis dan hampir mustahil, kekeliruan yang muncul ketika hendak membuat keputusan dan maut menanti.
27) TITLE: Steve Jablonsky - Scorponok - TRANSFORMERS
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan bermula dari konflik atau kejahatan yg datang (0:01-2:31), then kebaikan atau hero hadir pada pertengahan lagu (2:32-3:20), then a great battle took place (3:21-4:12), pada akhir lagu, lagu ni cuba memberitahu situasi selepas battle dan casualties of war / battle (4:13-4:56)
28) TITLE: Strobe (Adagio in D Minor)
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu macam memberitahu yang cahaya harapan dah datang untuk menyelamatkan kita dari kegelapan =) Light of Hope has come to pull us out from the Darkness, haha
29) TITLE: Taegukgi (Prologue)
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Taegukgi ni merupakan filem Korea yang menceritakan tentang dua orang adik beradik terpaksa join tentera and survive masa perang antara Korea Selatan dengan Korea Utara. So lagu ni cuba menyampaikan perasaan risau dan sayang si adik terhadap abangnya semasa di medan peperangan, begitu juga dengan perasaan risau dan sayang si abang kepada si adik.
30) TITLE: Taegukgi (Tragedy)
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan satu situasi dimana mereka tengah bersiap sedia untuk berperang dan menimbulkan mood kesedihan semasa di medan perang, dimana ramai rakan seperjuangan gugur di medan peperangan.
31) TITLE: Taegukgi (Epilogue)
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menggambarkan keakraban adik beradik, hubungan kekeluargaan dengan ibu, pengorbanan ibu, pengorbanan abang kepada adik. SERIOUSLY citer TAEGUKGI mcm citer perang korea yang korang kena tengok, ada moral value yang tinggi kot.. Especially untuk adik beradik dan ibu.
32) TITLE: The Dark Knight OST - 8 - Like A Dog Chasing Cars
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Korang cuba bayangkan satu situasi di mana seekor anjing yang berlari-lari di tengah-tengah lebuhraya serta ada banyak kereta yang lalu-lalang di situ dan anjing tu seperti kekeliruan tentang apa yang dia hendak sebenarnya?? So, lagu ni menceritakan tentang kita mengejar sesuatu yang kita sendiri tak pasti apa yang kita kejar. Dalam citer Batman ni, kira macam batman tak pasti apa yang Joker nak sebenarnya dan batman tak pasti kenapa perlu dia berusaha susah payah untuk menangkap Joker, sedangkan dia tau yang Joker cuma mahu mempermainkannya.
33) TITLE: THE DARK KNIGHT THEME MOLOSSUS
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni cuba sampaikan bahawa hanya ada satu kuasa baik yang mampu mengalahkan satu pihak jahat ni.
34) TITLE: The Used - The Bird And The Worm (Instrumental)
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni saya minat sebab saya tengok ada satu video kat YouTube, ada satu fanmade video tentang perlawanan bola sepak Malaysia lawan Indonesia . Background music dia agak kena dengan video tersebut. Edit version music yang video bawah, manakala, video yang atas kira full version la. Lagu ni ada gak penyanyi dia sebenarnya, try search dan buang perkataan Instrumental. Lagu ni cuba menceritakan tentang sesuatu yang kecil atau lemah cuba berlawan dengan sesuatu yang besar atau kuat.
35) TITLE: Transformers 3 - Sentinel Prime (The Score - Soundtrack)
TYPE: SAD
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan tentang satu harapan atau impian yang pernah hilang dalam hati dan akhirnya harapan dan impian tu muncul kembali. Perasaan demi menyelamatkan bangsa dengan apa cara sekalipun, tidak kisah jika berlaku pengorbanan.
36) TITLE: Transformers 3 - Shockwave's revenge (The Score - Soundtrack)
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Sama dengan tajuknya, lagu ni menceritakan tentang dendam yang dah lama dipendam kerana waktu itu masih lemah dan tak berdaya lalu apabila sampai saat ni sudah tiba masanya untuk membalas dendam.
37) TITLE: Transformers 3 Trailer Song Prelude Pusher (Choir)
TYPE: MORALE BOOSTER
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan something evil approaching dan good side try to fight habis-habisan dan sentiasa percaya bahawa masih ada harapan untuk menang.
38) TITLE: X-Men First Class - 05 - Frankenstein s Monster
TYPE: HORROR
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni menceritakan, sesuatu yang telah lama hilang dan hampir dilupakan datang kembali untuk menuntut keadilan atau ‘Revenge’ selepas mampu atau mempunyai kekuatan untuk melakukannya. Perasaan yang membuak-buak untuk membalas dendam setelah menahan diri untuk masa yang lama. That’s why nama lagu ni Frankenstein’s Monster, something scary from the past or legend hidup balik.
39) TITLE: X-Men First Class Soundtrack 20-Magneto
TYPE: ACTION
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni cuba memberitahu bahawa ada sesuatu yang lama telah muncul sebagai sesuatu yang baru dan telah bersedia dari segala aspek untuk melakukan misi membalas dendam.
40) TITLE: YoVille
TYPE: HAPPY
MY DESCRIPTION ABOUT THIS MUSIC: Lagu ni diambil dari sebuah game dari Facebook, YoVille. Lagu ni melambangkan kedamaian, keamanan, dan keharmonian dalam kehidupan.
Well, rasanya sampai sini jela yang mampu share.. Ada banyak lagi Instrument, soundtrack and background music dalam laptop ni, cuma kebanyakkan lagu-lagunya tak ada dalam YouTube, then susah skit lah nak share sebab kadang-kadang lagu-lagu macamni pun ada yang Fans made.. So harap ia membantu and kalau korang ada lagu-lagu instrument and background music yang best, silalah share ya ^^V Peace~
No comments:
Post a Comment