ZeroTwo

Wednesday, August 24, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 4

ASSALAMUALAIKUM WBT




Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.


TAZKIRAH TERAWIH HARI KEENAM BELAS
(16 RAMADHAN):


-Malam ni ustaz ni memberi tazkirah 10 sebab mengapa doa tidak makbul. Kisah 10 sebab ini diberitahu oleh seorang Wali Allah swt kepada masyarakat di sekitarnya kenapa doa mereka tidak dimakbulkan. Wali Allah swt ini seorang yang kaya. Tinggal atau menetap di Turkey. Wali Allah swt ini memberitahu :


10 SEBAB MENGAPA DOA TIDAK MAKBUL


1) Meninggalkan setiap perintah Allah swt
-Kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah tetapi kamu melanggar perintah Allah swt dan tidak mengikut perintahNya.


-Kamu tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah swt. 


2) Meninggalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
-Kamu beriman dan mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW.


Ustaz ni beritahu kalau boleh beramal lah dengan Sunnah yang kecil-kecil dahulu, kalau yang kecil tak dapat buat apatah lagi Sunnah-sunnah yang besar. 


Contohnya :
1) Masa berbuka puasa tu, berbukalah dengan Buah Tamar (Kurma). 
2) Mendahulukan kaki kanan apabila memakai kasut.
3) Mendahulukan kaki kiri apabila membuka (menanggalkan) kasut.
4) Masuk rumah/masjid dengan mendahulukan kaki kanan.
5) Keluar rumah/masjid dengan mendahulukan kaki kiri.
6) Menyebut Bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu perkara selagi perkara itu tidak dilarang oleh Islam.
7) Menyebut Alhamdulillah selepas berjaya melakukan sesuatu perkara selagi perkara itu tidak dilarang oleh Islam.
8) Dan banyak lagi Sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang senang itu kita ikut. Rasa-rasanya ramai yang dah tahu kan Sunnah Rasulullah SAW apa kan, kalau nak list kat dalam ni banyak kot. So yang atas ni rasanya kita pun still buat lagi, betul tak? kalau still buat maka Alhamdulillah~ ^^


Beramal lah dengan Sunnah Rasulullah SAW, walaupun tidak beramal secara keseluruhannya, lebih baik beramal walaupun sedikit daripada lupa atau tidak beramal langsung.


3) Tidak beramal dengan dengan isi kandungan al-Quran
-Kamu kata kamu beriman dan khatam al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.


-Walaupun kita khatam beribu skali pun, tapi tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup tak boleh jugak kan. Nasihat pada diri saya sendiri dan rakan-rakan.


4) Tidak mengangkat Islam dan tidak meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya
-Kamu mengaku kamu orang Islam tetapi kamu tidak mengiktiraf dan beramal cara Islam.


Oklah, macam zaman sekarang ni ada macam-macam fesyen kan, kalau nak pakai tu, pakai lah pakaian yang sopan.. Janganlah masa kita pergi solat kat surau or masjid pakai baju yang ada tulisan "HELL" "DEVIL" dan lain-lain  yang ada tulisan yang BESAR2 sampai orang boleh baca dan menatap, sebab nanti makmum kat belakang bacalah apa tulisan kat baju kita, dah tak khusyuk orang belakang tu. Ya, memang diakui kadang2 kita semua tak khusyuk 100% tetapi dgn memakai pakaian macamtu kan boleh dikira sebagai menganggu makmum yang lain. 


Kalau perkara yang kontroversi sikit adalah aurat lelaki dan perempuan. Saya tak explain sebab benda ni sensitif bagi sesetengah pihak. Ok End. 
Semoga kita semua mendapat Taufiq dan HidayahNya. Kan kacak, hensem, dan bergaya kalau untuk lelaki bila menutup aurat.  Kalau untuk perempuan kan nampak comel, cantik, ayu, anggun, pesona, bla bla bla dan bla bla bla kalau tutup aurat. Saya pun boleh cair tau tak (kalau saya, cair kepada perempuanlah tak kan laki kot, itu gay tu,codo >.<)


5) Tidak bersedia untuk mati
-Kamu hidup tetapi tidak bersedia untuk mati dan mengingati mati.


-Maksudnya, kita masih tidak puas untuk hidup didunia dan tidak bersedia untuk mati. Bukanlah maksudnya kita tak perlu mencari harta, mengebomkan diri dan sebagainya, tetapi kita selalulah mengingati mati, kerana bila kita selalu mengingati mati, kita secara automatik akan berfikir akan dosa-dosa lalu yang telah kita buat, cukupkah amalan kita dan ia membuatkan kita insaf, bila kita insaf dan bertaubat pasti kita akan redha apabila nyawa kita dicabut dan bersedia untuk mati.


6) Tidak beramal dan tidak bersiap untuk masuk ke Syurga
-Kamu kata kamu ingin masuk ke Syurga tetapi kamu tidak bersiap untuk ke Syurga


-Kita nak sangat masuk Syurga tetapi tak berdoa agar diredhai SyurgaNya. Kita berdoa pun ala kadar je, ingat senang ke Allah swt nak redha dgn kita. Walabagaimanapun Allah swt Maha Pengampun (Tapi janganlah dah taubat buat lagi). Pastu ikut suruhanNya. 


7) Buat perkara yang melayakkan diri untuk masuk ke Neraka
-Kamu kata kamu tidak mahu masuk ke Neraka tetapi kamu membuat perkara yang melayakkan kamu untuk masuk ke dalamnya.


-Kita selalu pesan pada diri sendiri untuk tidak mahu masuk ke Neraka, tetapi kita sendiri membuat perkara-perkara yang berdosa.


8) Melihat atau mencari kelemahan atau aib orang lain, tetapi tidak melihat kelemahan atau aib diri sendiri dan keluarga
-Kamu suka mengata (mengutuk) orang lain tetapi tidak mahu mengubah diri dan keluarga sendiri.


-Haa kira macam jaga tepi kain orang la. Kalau jaga tepi kain orang yang positif tak apa sebab nanti boleh cerita kat isteri (suami bagi yang perempuan) dan anak-anak untuk dijadikan teladan. Contohnya, seorang mak sedang menasihati anaknya supaya belajar rajin-rajin - "Cuba kamu tengok anak Mak Jemah tu Usop, baik budaknya, alim, pandai pulak tu dan bla bla bla" dan sebagainya.


-Tapi janganlah jaga tepi kain orang yang negatif. Tak habis2 nak cari yang negatif and kalau boleh nak aibkan keluarga orang lain je. Contohnya "Eh ko tau tak Mak Jemah, anak Mak Jemoh jahat and nakal budaknya, dahla hisap rokok, buruk perangai tu" Padahal anak sendiri hisap dadah.


-Jaga tepi kain orang tak salah, tetapi janganlah sampai lebih-lebih, pastu bila dapat tahu info yang negatif terus sahaja aibkan. Jaga diri kita, keluarga dan anak-anak dulu barulah masyarakat dan negara. Walaupun keluarga dan anak-anak kita dah baik sekalipun janganlah aib kan orang lain, walau seburuk-buruk mana pun keluarga lain.


9) Pergi menziarahi orang yang telah meninggal dunia tetapi tidak mendapat pengajaran apa-apa
-Kita pergi ziarah orang yang baru sahaja meninggal dunia tetapi tidak mengambil pengajaran semasa menziarahi. Selalulah mengingati mati. 


Contohnya, "Baru semalam aku ketawa dengan dia, hari ini dia dah tiada. Bilakah waktu ku akan tiba?". 


-Pastu ambil teladan dan pengajaran semasa si mati itu masih hidup. Kalau orang yang mati itu, mati kerana menagih dadah, maka ambil iktibar. Jika orang yang mati itu orang yang alim, maka ambil juga iktibar untuk menjadi seperti dia.


10) Mengikuti jejak langkah Syaitan
-Hmm, rasanya korang pun fahamkan apa Syaitan punya kerja. Minum arak, berjudi, berzina, dan sebagainyal. 


TETAPI korang kena ingat, membuat sesuatu perbuatan yang baik juga kadang-kadang sebenarnya kita telah mengikut jejak langkah Syaitan. Apakah perbuatan itu?? Perbuatan seperti Riak, Takbur, Munafik dan sebagainya.. Contohnya :


1) Syaitan akan menyuruh kita bersedekah tetapi jangan disembunyikan tangannya dari dilihat.


2) Syaitan akan menyuruh kita solat, tetapi bukan kerana Allah swt tetapi kerana teman wanita atau teman lelaki (munafik).


3) Dan banyak lagi. Cara nak menhindarinya, sebelum kita membuat sesuatu kebaikan betulkan niat kita dulu, kerana niat kita lah yang akan menjadi perisai dan melindungi kita atau mengancurkan kita dengan sifat Riak, Takbur, Munafik dan sebagainya.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KE-17/18/19/20
(17/18/19/20 RAMADHAN):


-Pada 17-21 Ramadhan saya hanya melakukan Terawih dirumah sahaja, so tiada tazkirah la kan kalau Terawih dirumah kerana pada tarikh tersebut saya pergi ke UiTM Arau, Perlis dan tido di rumah sewa kawan saya untuk membuat clearance nama di sana sebab tidak belajar di situ lagi kerana sekarang membuat fast track Degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Sekian..





Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..


Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment