ZeroTwo

Thursday, August 4, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 1

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI PERTAMA (1 RAMADHAN):
-Pahala digandakan sebanyak 70 kali ganda.

-Kalau solat berjemaah insyaAllah akan dapat 27 darjat pahala jika dibandingkan dengan solat bersendirian yang hanya mendapat 1 darjat pahala, insyaAllah.
Dengan itu, kalau anda solat berjemaah pada bulan Ramadhan, 27 darjat pahala digandakan dengan 70 kali ganda. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas pada bulan yang mulia ini.

-Orang yang berjemaah di Mekah pahalanya digandakan sebanyak 100 000 kali ganda (MasyaAllah) dan jika dilakukan pada bulan Ramadhan dengan berjemaah di Mekah maka 100 000 X 70 kali = ?? ??? ??? (SubhanAllah)

-Jika dilakukan amalan sunat pada bulan puasa yakni di bulan Ramadhan ia akan dikira pahala sebagai amalan wajib. Kalau amalan wajib sudah tentulah lebih kan? (Alhamdulillah)

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEDUA (2 RAMADHAN):
-Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan pada bulan puasa selain membayar zakat, bersedekah, mengaji dan semua amalan baik yang diredhai Allah. Terdapat 2 perkara untuk Allah s.w.t dan 2 perkara lagi untuk diri kita sendiri serta saudara-saudara Islam

2 perkara untuk Allah s.w.t adalah:

1) Menyebut kalimah "Lailahailallah" yang bermaksud "Tiada Tuhan melainkan Allah"

2) Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung" 
atau  
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

2 perkara untuk diri sendiri adalah:

1) Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

2) Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Sebab kita memang tidak layak untuk masuk ke Syurga dan tidak pula kita sanggup untuk masuk
ke Neraka. Berdoalah agar diredhai SyurgaNya kepada kita semua, Amiiin..

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, 
walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi.
Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, 
fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

TAZKIRAH TERAWIH HARI KETIGA (3 RAMADHAN):
Malam ni topik utama dia pasal seorang hamba Allah yang tak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Hamba Allah yang bernama Uwais al-Qarni. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kepada Saidina Umar dan Saidina Uthman bahawa selepas kewafatan baginda akan ada seorang hamba Allah  yang makbul doanya. Kisah pemuda ini, Uwais al-Qarni dia mempunyai penyakit kulit, dan dia selalu mendukung anak lembu naik dan turun bukit sehinggalah lembu itu besar lalu dia menyedari
bahawa dia mempunya stamina yang tinggi. Uwais al-Qarni lalu memdukung ibunya yang sudah uzur dari Yaman ke Mekah untuk melakukan ibadah haji untuk ibunya
(jarak Yaman ke Mekah tau2 la kan berapa jauh tu). Sesudah sampai kat depan Kaabah ibu Uwais berdoa lalu menyuruh Uwais al-Qarni berdoa juga untuk pulihkan penyakit kulitnya. Pada mulanya Uwais enggan berdoa kerana malu untuk meminta kepada Allah kerana beliau merasakan bertapa kerdilnya beliau di hadapan Allah. Oleh kerana atas arahan ibu, Uwais al-Qarni lalu berdoa juga kepada Allah agar dpulihkan dari penyakit kulit dan tinggalkan sedikit penyakit itu (Mungkin dia tak mahu sempurna dan rasa bersalah kalau elok, tak tahulah, wallahualam). Saidina Umar dan Saidina Uthman akhirnya jumpa dengan Uwais dan meminta untuk berdoa untuk mereka selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Dua orang sahabat ini sanggup menaja hidup Uwais jika beliau mendoakan mereka berdua. Uwais lalu berkata dia tidak mahu apa-apa dan meminta dua orang sahabat Rasulullah SAW ini merahsiakan tentang perkara ini, kerana beliau tidak mahu dikenali.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEEMPAT (4 RAMADHAN):
Hari ke-4 ni ustaz ni ceramah lebih kepada fakta pendapat dan perkara-perkara yang ada kita tahu dan ada yang
tidak tahu. Walaupun mungkin ada di antara kamu yang mempunyai pendapat yang lain atau bercanggah,
tapi ustaz ni kata dia cuma ambil pendapat yang paling kuat dan paling ramai ulamak setuju dengan 
pendapat ini. Walaunpun ada pendapat masing2, sekali lagi saya tegaskan,
ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

-Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan bermula selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Ustaz tu kata bukanlah bermaksud sebelum ni orang tak berpuasa (ada yang berpuasa) cuma tidak seperti kita berpuasa sekarang pada bulan Ramadhan. (Ustaz tu tak bagitau pulak apa  benda or saya yang tak dengar? tak tau la.. Pendapat saya, maybe sebelum hijrah takde Terawih dan apa yang kita buat time bulan Ramadhan kot,ntahla, ini saya punya pendapat je, apa yang tau dia cuma ckp bermula selepas Hijrah)

-Tidak batal puasanya jika ahli bomba yang terpaksa bertugas dengan memakai tangki oksigen.

-Tidak batal puasanya jika anggota Polis yang terpaksa menyelam or menggunakan tangki oksigen untuk mencari bahan bukti didalam sungai, tasik, laut dan sebagainya.

-Tidak batal dan tidak perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil 
yang diletakkan di bawah lidah serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang lama untuk pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil itu setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

-Batal puasanya dan perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil yang serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya, anda demam dan terpaksa makan panadol kerana demam panas anda kritikal tetapi insyaAllah akan pulih dalam masa 2-3 hari, maka anda perlu Qada' puasa anda.

-Tidak batal puasanya jika terlupa. So, kalau kul 2pm korang terlupa, tidak mengapa dan tidak batal, pastu kul 4pm korang terlupa lagi dan kul 7.30pm korang berbuka sama-sama, haiiiii itu bukan lupa, tapi dah kira nyanyuk tu,haha.. Orang yang nyanyuk terlalu serius tak digalakkan berpuasa.

-Tidak batal puasanya jika dimasukkan air ke dalam badan (menyuntik) apabila hendak 
melakukan pembedahan pantas dan kritikal dan sebagainya. 
Contoh situasi, ada seorang pesakit ni ada penyakit dan perlu disegerakan melakukan pembedahan, lalu doktor memberi pilihan untuk makan ubat atau memasukkan air ke dalam badan dan tiada pilihan lain, maka pesakit itu memilih untuk memasukkan air ke dalam badan, maka sah puasanya. Tetapi tidak sah dan perlu diQada' puasanya jika pesakit itu memilih untuk makan ubat.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KELIMA (5 RAMADHAN):
-Penceramah kali ni dia bekas pekerja Jabatan JAWI dan sekarang dalam Jabatan Syariah dan Halal
(Tak tau jawatan dia apa)

-Penceramah kali ni lebih kurang macam penceramah tazkirah Terawih hari kedua. Cuma ada sedikit berbeza dengan penceramah sebelum ni (walaubagaimanapun, semua ceramah yang disampaikan dua2 penceramah ni baik, jadi eloklah kita buat semua yang disampaikan, ya tak?) Ok, katanya, kita perlu melakukan 4 perkara pada bulan Ramadhan:

1)Memahami dan mengucap kalimah Syahadah dengan bersungguh-sungguh.

Ada satu kisah yang dikongsi penceramah ini. Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang bermana Saad, kulitnya hitam legam, dan lebih gelap daripada Bilal bin Rabah. Sahabat Rasulullah SAW menyampaikan hajatnya untuk berkahwin tetapi apabila dilamar gadis-gadis biasa, tiada seorang yang mahukan Saad ni. Lalu Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabat yang lain agar melamar seorang gadis yang comel. Lalu Saad berasa segan, maklumlah gadis-gadis biasa pun ditolak inikan pula gadis yang comel. Sampai sahaja rombongan sahabat Rasulullah SAW di rumah gadis comel itu,
rombongan itu memberitahu bapa gadis itu bahawa mereka diutuskan Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat untuk melamar anak gadis beliau, namun ditolak bapa anak gadis itu apabila dia mendengar bahawa anaknya dilamar Saad. Lalu anak gadis yang comel itu memberitahu bapanya bahawa rombongan itu diutus Rasulullah SAW, lalu bapa gadis itu memanggil mereka semula dan terima lamaran tersebut. Dengar akan khabar itu, si Saad ni gembiralah dia, dan Rasulullah bertanya ada berapa Dirham yang ada pada Saad? lalu Saad menjawab beliau ada 2000 Dirham. Rasulullah SAW menyuruh Saad menggunakan wangnya itu untuk membeli kelengkapan untuk perkahwinan (mangkuk2, makanan, dan sebagainya). Saad mendengar dan mengikut kata-kata Rasulullah. Semasa Saad membeli barang-barang perkahwinan di bazaar, ada seorang pemuda muncul di tengah-tengah bazaar dan memberitahu bahawa pahlawan-pahlawan tentera memerlukan orang untuk jihad di jalan Allah.
Mendengar akan perkara itu, Saad pun mengambil keputusan untuk melepaskan keinginannya untuk berkahwin lalu menggunakan 2000 Dirham itu untuk membeli baju besi dan perisai untuk berjihad di jalan Allah. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad ini, akhirnya mati syahid di medan perang. Rasulullah SAW tahu yang mati syahid itu Saad kerana Rasulullah SAW tahu akan warna kulit Saad. Seorang yang dipulau oleh masyarakat kerana warna kulitnya akhirnya menjadi wira kepada agama Islam. Rasulullah SAW memang kenal dengan sifat sahabat-sahabatnya. 
Sehingga Rasulullah SAW tahu :
-Jika ada orang mengetuk pintu rumah secara perlahan maka dia ialah Saidina Abu Bakar.
-Jika orang itu mengetuk pintu rumah dengan kuat maka itu ialah Saidina Umar. 
-Jika orang mengetuk pintu di bahagian atas maka itu ialah Saidina Uthman
kerana Saidina Uthman seorang yang tinggi. 
-Jika orang mengetuk pintu rumah di bahagian bawah
maka itu ialah Saidina Ali kerana Saidina Ali rendah orangnya. 

Pada mulanya, saya tak faham apa kena mengena cerita ini dengan kalimah Syahadah?? rupa-rupanya
dalam kisah ini menunjukkan  bahawa bapa kepada gadis comel itu memahami maksud kalimah Syahadah apabila
mendengar rombongan itu utusan Nabi Muhammad SAW lalu membernarkan anaknya berkahwin dengan Saad
dan begitu juga Saad yang mengikut arahan Rasulullah untuk membeli barangan perkahwinan serta 
mengikut dan memahami kalimah Syahadah apabila beliaumenyertai tentera untuk berjihad di 
jalan Allah swt..

2)Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" 

Yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada
Allah Yang Maha Agung" atau 
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia
Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

3)Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

4)Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Itulah 4 perkara yang disampaikan pada malam ini.

Pastu, ustaz itu ada memberitahu dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu rakan-rakan Islam saya.. Ustaz ni kata, Tobassco Sauce HARAM kerana ada DNA Babi yang slalu digunakan di Pizza Hut, bukan sos atas pizza tapi sos yg disediakan ketika dine-in. Tapi bila orang dah dine-in gunakan sauce tu, bila basuh akan gunakan span dan span tu kena samak dan semua pinggan kena. Dia dah buat siasatan serta kertas kerja lalu dihantar ke Mufti kebangsaan dan sekarang hanya 
tunggu Mufti untuk sebarkan perkara ini..

So, kalau nak makan pizza tu makan delivery dan make sure kedai delivery tu xsediakan dine-in service. Macam Domino ada yg sediakan dine-in service ada yang tidak, yela sebab dorg kecik lagi. So, Domino mcm
safer skit la kot,haha..



Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t.. amiiin.. Wassalam..

MY 20 YEARS OLD LIFE

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tujuan entry kali ni, just nak abadikan sesetengah kenangan yang masih ingat sepanjang 20 tahun hidup kat dunia ni, ALHAMDULILLAH..


22 / 07 / 2011 WAS MY BIRTHDAY ^^ 


Ok, kalau nak type pasal 20 tahun kenangan, saya rasa sampai bertahun2 pun xhabis type lagi kan.. so, now in this entry saya nak type kenangan for every 5 years. Rasanya okla tu kan every 5 years, kalau nak tulis every 2 years punya kenangan macam banyak sgt je, so saya akan kongsi kenangan yang saya ingat untuk 4 tahun ni :

5 Tahun
10 Tahun
15 Tahun
20 Tahun

5 YEARS OLD


Tak banyak sangat ingat pasal memories time ni ==" Masa lima tahun yang saya ingat time ni, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..................................................................................................... owh haa time ni baru nak belajar2 naik basikal 4 RODA! YEAY ^^V yela sebelum ni asyik naik basikal 3 roda.. try lak advance skit naik 4 roda, haha.. Time tu jugak baru start nak belajar naik basikal 3 roda balik, haha maksud saya, time ni basikal still guna 4 roda tapi cabut bagi 3 roda, amik masa yang lama jugak la naik basikal 4 roda tapi guna 3 roda ni sebelum cabut jadi betul2 basikal 2 roda, haha.. (apa citer basikal je ni, haha)

Pastu, time ni zaman2 suka pergi taman permainan, sebab time tu internet, permainan konsol semua mana ada popular lagi. Tapi gelongsor, jongkang-jongkit, buaian semua jadi teman waktu petang,haha.. tapi kalau nak naik gelongsor time ni mesti bagi abang-abang and semua orang turun dulu, yela semua abang2 nak tunjuk macho, cheeey lari-lari pastu terus terjun masuk dalam gelongsor terowong, time saya kalau nak turun gelongsor mesti turun perlahan2 tahan pakai tangan, maklumla kecik2 dulu takut laju sangat masa gelongsor, gelap pulak tu,haha..



10 YEARS OLD


Masa ini, darjah 4 dan besekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik.. Seorang mamat yang sangat skema!! pakai butang baju sampai atas, semua yang mana rasa diaorang tu hebat kutuk saya masa time ni. Kalau saya tegur kawan2 lama mesti dorang tak cam sebab time sekolah rendah terlalu jauh berbeza dari sekarang, haha..Cuma yang betul2 member je yang cam, thank you friends haha..

Masa ni jugak, saya first time exam akhir tahun dapat No.1, haha..Yela saya selalunya bukan pandai sangat pun kan.. Bangga betul masa naik pentas amik hadiah ^^V



Macam2 permainan sekolah rendah dapat dipelajari time ni.. Main penutup botol, Konda kondi, Kejar-kejar, Lawan pemadam (siap beli satu pencil box khas untuk pemadam pelbagai saiz yang ada kira2 50 pemadam jugakla, haha) and yang tak boleh bla, main Lompat Ting-Ting dan Lompat getah, haha, tak tau la macamana boleh main permainan perempuan ni, sebab dulu tak tau pun tu permainan perempuan tengok semua member main selamba je kat sekolah, bila dapat tau tu permainan perempuan terus stop, haha.. Tapi setahun lepas tu, permainan2 macamni dah mula ditinggalkan sebab ada fenomena baru yang menghapuskan game2 tradisional yang unik ni. Contohnya, Tamiya, Beyblade, Crushgears, mainan2 ni pun saya ada toolbox for each types untuk simpan barang2 spare part.. OMG I MISS THAT TIME ^^


Masa ni jugak zaman popular dengan komik. Komik yang popular dikalanan pelajar sekolah rendah masa tu adalah komik Dragonball.. Tapi sayang saya tak layan Dragonball masa tu. Saya time tu suka baca komik Doraemon je hehe ^^V


15 YEARS OLD


Wohoho, ni la time saya mengalami perubahan yang tak berapa mendadak, but ok la, berbeza dari sekolah rendah dulu ==" haha..


Form 3 di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan.. Tahun ni la first time jadi Badan Khas Sekolah, iaitu Pembimbing Rakan Sebaya dengan beruniform sekolah yang berwarna hijau.. Time ni jugak first time kena baca doa perhimpunan kat depan, pergh, first time pegang microphone depan beratus2 org, gemuruh gak la (bajet macam nak nyanyi plak kan, haha) then lama-lama tu dah biasa..

Time ni jugak
Cinta Monyet pertama saya start and still simpan dalam ingatan sebagai kenangan dan pengajaran. Ia bermula apabila saya terserempak......................................... ok boriiiiiiing, neeeext~



First time jugak ada handphone, masa ni mula la nak mintak no kawan tu, no kawan ni,haha.. Time tu semua pakai handphone yang hitam putih je, and siapa yang handphone ada colour tu kira stylo la tu.. Time tu Monophonic pun sanggup bayar RM1 untuk dapatkan tone, nak advanced sikit Polyphonic.. Tapi time tu kalau tak silap dah ada jugak Music Tones macam MP3, but not full song la, just chorus je,haha.. Pada pendapat saya, handphones la yang mengalami technology revolution yang paling pantas sekali berbanding dengan gadget-gadget yang lain.. Fakta or Auta?? Search sendiri..


Tahun ni la bermulanya perjalanan dan misi mengutip markah Ko-Kurikulum sebelum mendapat Tempat Ketiga di Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam pertandingan Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Kategori Sekolah Harian Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. Pertandingan ini mengambil kira markah bermula semasa Form 3 sehinggalah Form 5.. Sedikit sebanyak, dapat membantu saya menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.. Kalau nak harapkan result SPM saya, result saya biasa2 je.. (Serious, memang betul2 biasa, bukan nak poyo ke apa macam sesetengah orang yang result bagus tapi kata tidak, maklumla amalan merendah diri la katakan, kata mereka lah) 


Klik link ini untuk lihat pencapaian saya: http://amirulhakeemzerotwo.blogspot.com/2011/08/when-i-was-in-school-my-achievements-in.html





20 YEARS OLD


Haha finally.. As I wrote just now, MY BIRTHDAY WAS 20th JULY 2011 ^^V  and I'm Twenty !! HAHA So, macam yang saya pernah tulis kat bahagian About Me,


"Every stage in my life,I will try to be someone better and someone else because now i'm still finding my true personality and finding new principles of life to make me to be a BETTER person but not Perfect!! Now,I'm gonna sketch on my 'Paper of Life'.I hope someday I will finish my drawing and i will name it as 'Drawing of Victory!' before I die. So I need all of you,to support me,to find my destiny and help me to paint my 'Drawing of Victory' so that my drawing not only see victory but also 'colorful' with all of your help..Thank You All!!!~"


So, LET'S START SKETCHING ^^V PEACE~ 

WHEN I WAS IN SCHOOL : MY ACHIEVEMENTS IN CO-CURRICULUM

SEKOLAH RENDAH 
(Sekolah Kebangsaan Desa Tasik)



-Tempat Ketiga Pertandingan Lompat Tinggi Peringkat Sekolah
(Mewakili Rumah Sukan-Kuning Kategori Lelaki Darjah 6)


-Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Pengakap Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)


P/S : Cuma ingat ada kira-kira 50+ sijil tapi aktiviti yang terlibat tak ingat satu apa pun ==" Kebanyakannya aktiviti2 peringkat sekolah sahaja. Setakat ni yang ni je la yang ingat. Kalau dah teringat balik, boleh edit post ni kan =) 


SEKOLAH MENENGAH 
(Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan)
*Sekolah ini hanya mempunyai satu unit beruniform sahaja iaitu Persatuan Kadet Bersatu Malaysia DARAT (PKBM DARAT) kerana sekolah ini dianggap "anak angkat" kepada Kem Tentera Sungai Besi. Oleh itu, semua pelajar di sekolah ni merupakan ahli PKBM DARAT*


TINGKATAN SATU (2004)


-Johan Pertandingan Perbarisan Rumah Sukan Peringkat Sekolah
(Mewakili Rumah Sukan Ibnu Khaldun-Merah)


TINGKATAN DUA (2005)


-Menyertai Perbarisan Unit Beruniform Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM DARAT) Peringkat Sekolah sempena Hari Kokurikulum
(Mewakili Pasukan PKBM DARAT Tingkatan Dua)


TINGKATAN TIGA (2006)


-Menyertai Badan Khas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya
(Peringkat Sekolah)


-Menyertai pemilihan untuk masuk skuad utama PKBM DARAT seramai 30 orang dan skuad simpanan seramai 6 orang untuk mewakili sekolah
(Terpilih untuk masuk skuad utama seramai 30 orang. Rank : Junior Private)


-Naib Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili PKBM DARAT Sekolah)




TINGKATAN EMPAT (2007)


-Pertandingan Badminton Peringkat Sekolah
(Layak sehingga ke Separuh Akhir dan kalah ==")


-Tempat Ketiga dalam Kejohanan Olahraga Sekolah acara 4 X 100 Meter
(Mewakili Rumah sukan Ibnu Khaldun - Merah)


-Naib Johan Pertandingan Melukis Kulit Buku Peringkat Sekolah sempena Hari Pusat Sumber Sekolah
(Mewakili Diri Sendiri, HAHA)


-Tempat Keempat Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)


-Menyertai pemilihan untuk masuk skuad utama PKBM DARAT seramai 30 orang dan skuad simpanan seramai 6 orang untuk mewakili sekolah
(Terpilih untuk masuk skuad utama seramai 30 orang. Rank : Senior Private)


-Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Sekolah - PKBM DARAT)

-Johan Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Zon Bangsar - PKBM DARAT)

-Tempat Keempat Pertandingan Kawad Formasi Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - PKBM DARAT)

-Menyertai Pertandingan Kawad Senjata Pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Bangsar (Kategori Agensi Kerajaan-Lelaki)
(Mewakili Sekolah namun terpaksa menarik diri kerana keputusan akademik menurun dan terpaksa menarik diri atas arahan ibubapa. Untuk pengetahuan umum, pasukan saya ini sekali lagi berjaya mewakili WPKL dan mendapat tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan, tahniah kawan2 T.T)

P/S: Faedahnya saya berjaya menguasai Kawad Kaki Formasi, Kawad Senjata, dan Kawad Pedang.. 

Memori pahit yang tak boleh lupa berkenaan kawad kaki: So masa kat UiTM Arau dulu time join Brass Band dulu, rasa macam downgrade, nak kawad betul nampak macam orang gila pulak kan, so terpaksalah jugak buat kawad macam malas2, maklumla Komander pun ajar yang kawad basic sebab ramai yang tak tahu lagi kan. Saya pun dengan ikhlas nak mengajar la beberapa kawan saya, tapi ada pulak orang bajet bagus ni tak nak percaya, pastu nak citer kadet polis dia, bro and babe, kita under PALAPES, so lebih kepada tentera, and PKBM DARAT tentera ok, lagipun cara kita belajar semua macam tentera. tumbuk kang haa, haha..


Memori manis yang tak boleh lupa berkenaas kawad kaki: Saya ajar kawan saya di Kolej Matrikulasi Perlis macamana nak Kawad Pedang. Akhirnya dengan kawad pedang tersebut yang nampak lain dari pasukan yang lain telah menyebabkan skuad dia dapat Johan dalam pertandingan kawad formasi di Kolej Matrikulasi Perlis,
Tahniah Hilmi !! ^^V











TINGKATAN LIMA (2008)

-Menyertai Bengkel Pembentukan Remaja Cemerlang sempena Program Jom Tangani Stres di SMK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur
(Mewakili Sekolah)

-Menyertai Sambutan Hari Kesihatan Sedunia bersama PROSTAR Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Mewakili Zon Bangsar)

-Johan dalam Kejohanan Olahraga Sekolah acara 4 X 100 Meter
(Mewakili Rumah sukan Ibnu Khaldun - Merah)

-Johan Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) Peringkat Zon Bangsar
(Mewakili Sekolah)

-Tempat Keempat Pertandingan Melukis Kain Rentang (Banner) sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Mewakili Zon Bangsar)


-Pelajar Terbaik SPM 2008 bagi matapelajaran Science
(Peringkat Sekolah)

P/S: Setakat ni sahajalah aktiviti-aktiviti yang penting yang dapat salin, aktiviti2 lain semua dah tak ingat sebab sijil-sijil semua campak mana tak tau.. Yang lain dan lupa tu maybe cuma aktiviti-aktiviti yang melibatkan peringkat sekolah je kot. Ada satu tu wakil KL buat aktiviti kat UIA, time tu jenis tak kisah, so tak ingat nama aktiviti tu.. Nanti kalau jumpa or ingat edit je la post ni kan, hahaha


[Pelajar terbaik Ko-Kurikulum peringkat Sekolah]


[Tempat Ketiga di Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam pertandingan Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Kategori Sekolah Harian Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur]

Tuesday, July 12, 2011

CURSE YOU MOVIE SPOILER !!!

WARNING !


ASSALAMUALAIKUM WBT
Sebenarnya saya just nak share sesuatu.. Pasal tajuk "Curse You Spoiler" and Warning sign tu pun just gimmick je.. Tiada niat pun.. Tak akanla nak sumpah2 and bagi amaran keras kat semua kawan-kawan kan =)

Movie yang latest yang saya tengok kat wayang cerita TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON
Sebuah movie yang sepatutnya EPIC! Penuh dengan kejutan, penggembaraan yang menyeronokkan, perjalanan yang misteri (*Ok dah2, mcm dgn iklan Ribena plak aku baca) Ok, itu yang dirasai oleh member2 saya, Aliff Talha dan Zabri.. Tapi bagi saya pulak, citer ni TAKDE KEJUTAN, TAK MENYERONOKKAN!! Bila keluar wayang saya macam takde perasaan, heartless, rasa macam baru lepas tengok movie cerita Siput berlumba dengan Arnab.. !@#$%^&*() HAHA.. kalau dulu bila lepas keluar wayang tengok citer Transformers 1 and 2, saya dan kawan-kawan mesti cerita apa akan jadi, bla bla bla and byk lagi misteri yang jadi tanda tanya.

P/S: THANK YOU ZABRI SEBAB SANGGUP NAIK MOTOR GI MID VALLEY AWAL2 PAGI UNTUK BELI TIKET TRANSFORMERS 3D NI UNTUK KTEORANG.. TAK LUPA JUGA KEPADA MAK, AYAH, YANG SENTIASA MENYOKONG SAYA, JAGA SAYA SEJAK KECIL LAGI, BELI MAINAN ASKAR MASA SAYA KECIK2 DULU, BAGI MAKAN DAN MINUM, DOAKAN KEJAYAAN SAYA, BAGI DUIT TENGOK WAYANG, ERK ............................................ Sekian~

Ok sambung balik kalau mcm dulu lepas keluar wayang,
TRANSFORMERS 1 : "Uish Starscream hidup lagi la!! dan bla bla bla"
TRANSFORMERS 2 : "Uish, ketua Megatron dah mati, apa misi dia plak lepas ni, mesti lagi byk autobots yg dtg ni dan bla bla bla"
 
TRANSFORMERS 3 : "..................................................................., aku lapar la, jom gi makan dan ..............................................................................................................................................."

NAK TAU KENAPA TIME TRANSFORMER 3 SAYA JADI MACAMTU??
Ok, sekarang tengok tajuk post ni kat atas sekali..
Dah tengok?? haa itu la sebabnya..Ya, Movie Spoiler..
*Tapi bukan curse ya, itu hanya gimmick utk title post ni je =)
SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,
Dalam dunia ni, ada beberapa jenis manusia time nak tengok wayang:
1) HARDCORE FANS !! :
- Diaorang ni kumpulan jenis yang suka tengok SEMUA jenis movie kat wayang, tak kiralah War, Action, History, Love Story.. Diorang ni kalau boleh memang benci dengan spoiler, especially bila diaorg tak tengok lagi.. Semua dia tengok, sampai Home Theater kat rumah macam tak perlu beli..

2)
 DIE HARD FANS ! :
-Diaorang ni kumpulan jenis yang suka tengok SPECIFIC jenis movie kat wayang. Contohnya ada orang ni bila pergi tengok wayang dia nak tengok cerita cinta je dan tak minat tengok citer action sebab bising, kalau citer cinta rasa lebih syahdu bila tengok screen besar (*WTH ada ke??== HAHA).. Saya tergolong dalam golongan ni sebab saya hanya akan tengok wayang kalau movie tu memerlukan Sound System yang mantap, macam cerita2 action, war dan sebagainya barulah saya pergi tengok, kalau cerita slow dan tak guna sound sangat, baik saya tunggu member beli CD or Download saya tengok je kat laptop.. Sama jugak kumpulan d
iorang ni kalau boleh memang benci dengan spoiler, especially bila diaorang tak tengok lagi


3)
NORMAL VIEWERS~
- Haaaa, inilah golongan yang menjadi PUBLIC ENEMY, MUTUAL ENEMY, COMMON ENEMY kepada HARDCORE FANS dan DIE HARD FANS.. Diaorang ni jenis tengok wayang tak ada tujuan.. Pergi Cinema "Eh citer apa ada kat wayang eh? Nak tengok movie yang popular je, sebab I taknak la kena panggil tak up to date" ZZZZZZ.. Bagi saya la, bagi pendapat saya la, ini bukan fakta, ini pendapat saya, golongan ni la yang akan jadi MOVIE SPOILER OF THE YEAR! WHAT... THE... HECK!! NOOOOOOOOOOOOOO! == Selalunya mereka ni akan update kat status Facebook, Twitter dan mana website sosial untuk menunjukkan diaorg ni dah tgk movie tu dan diaorang seorang je tau! 
Contoh-contoh Facebook status diaorang:
"Yeah! I want to be like...... I don't want to be like......." <<Dari sini dah tau dah spoiler citer ada character apa dan ada character evil apa..
"Yeah, dia menang / kalah!!" << Dari sini kita dah tau apa ending dia..
"Hmm, saya sedih / kecewa atas .........." << WHAAAAT!! Hilangla rasa kejutan masa tengok nanti (untuk yang belum tengok==")

Come on~ kesianla kat member2 yang belum tengok movie-movie baru ni, HAHA.. Kalau korang rasa-rasa korang dah tengok tu post kat laman sosial ke apa, jaga-jagala sikit perkataan tu ya =) maklumla kesian kat member2 yang tak tengok lagi.. Kalau korang rasa tak tahan jugak, nak luahkan jugak (gedik lak kau ni ==) haa, korang tulis dalam diary, pastu bacalah ulang-ulang kali sambil tersengih sorang2 macam Kerang Busuk, tak perlu post satu dunia spoiler movie tu.. haha..

Contoh status kat Facebook yang bagus dan membina:
"Movie sekian-sekian ni BEST! Lepas ni nak tengok 3D plak!! =)"
"Movie sekian-sekian ni jalan cerita dia menarik"
"Hmm, Movie sekian-sekian tak best sangatla kali ni"
Status macamni la takde unsur-unsur spoiler dan tidak mengecewakan.. 

                                                 TRY TENGOK TRAILER BEST NI =)
                                       

TRY DENGAR LAGU TRAILER FULL WITHOUT VOICE

TRY DENGAR LAGU TRAILER CHOIR VERSION NI

ADA BANYAK LAGI OFFICIAL SOUNDTRACK TRANSFORMERS YANG BEST2 =)


SO, TAK LAMA LAGI 14 JULAI 2011, ADA MOVIE YANG SAYA NAK TENGOK KAT WAYANG!! HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 2 ^^V


DAN KALI NI BETUL-BETUL AMARAN! JANGAN SPOIL KAN ISI KANDUNGAN CITER HARRY POTTER NI KAT PUBLIC KALAU KORANG DAH TENGOK ORAIT! PEACE~ ^^V

MOHON MAAF KALAU ADA TERKASAR BAHASA YANG MENYINGGUNG PERASAAN.. PEACE AGAIN! ^^V