ZeroTwo

Thursday, August 4, 2011

MY 20 YEARS OLD LIFE

ASSALAMUALAIKUM WBT

Tujuan entry kali ni, just nak abadikan sesetengah kenangan yang masih ingat sepanjang 20 tahun hidup kat dunia ni, ALHAMDULILLAH..


22 / 07 / 2011 WAS MY BIRTHDAY ^^ 


Ok, kalau nak type pasal 20 tahun kenangan, saya rasa sampai bertahun2 pun xhabis type lagi kan.. so, now in this entry saya nak type kenangan for every 5 years. Rasanya okla tu kan every 5 years, kalau nak tulis every 2 years punya kenangan macam banyak sgt je, so saya akan kongsi kenangan yang saya ingat untuk 4 tahun ni :

5 Tahun
10 Tahun
15 Tahun
20 Tahun

5 YEARS OLD


Tak banyak sangat ingat pasal memories time ni ==" Masa lima tahun yang saya ingat time ni, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..................................................................................................... owh haa time ni baru nak belajar2 naik basikal 4 RODA! YEAY ^^V yela sebelum ni asyik naik basikal 3 roda.. try lak advance skit naik 4 roda, haha.. Time tu jugak baru start nak belajar naik basikal 3 roda balik, haha maksud saya, time ni basikal still guna 4 roda tapi cabut bagi 3 roda, amik masa yang lama jugak la naik basikal 4 roda tapi guna 3 roda ni sebelum cabut jadi betul2 basikal 2 roda, haha.. (apa citer basikal je ni, haha)

Pastu, time ni zaman2 suka pergi taman permainan, sebab time tu internet, permainan konsol semua mana ada popular lagi. Tapi gelongsor, jongkang-jongkit, buaian semua jadi teman waktu petang,haha.. tapi kalau nak naik gelongsor time ni mesti bagi abang-abang and semua orang turun dulu, yela semua abang2 nak tunjuk macho, cheeey lari-lari pastu terus terjun masuk dalam gelongsor terowong, time saya kalau nak turun gelongsor mesti turun perlahan2 tahan pakai tangan, maklumla kecik2 dulu takut laju sangat masa gelongsor, gelap pulak tu,haha..



10 YEARS OLD


Masa ini, darjah 4 dan besekolah di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik.. Seorang mamat yang sangat skema!! pakai butang baju sampai atas, semua yang mana rasa diaorang tu hebat kutuk saya masa time ni. Kalau saya tegur kawan2 lama mesti dorang tak cam sebab time sekolah rendah terlalu jauh berbeza dari sekarang, haha..Cuma yang betul2 member je yang cam, thank you friends haha..

Masa ni jugak, saya first time exam akhir tahun dapat No.1, haha..Yela saya selalunya bukan pandai sangat pun kan.. Bangga betul masa naik pentas amik hadiah ^^V



Macam2 permainan sekolah rendah dapat dipelajari time ni.. Main penutup botol, Konda kondi, Kejar-kejar, Lawan pemadam (siap beli satu pencil box khas untuk pemadam pelbagai saiz yang ada kira2 50 pemadam jugakla, haha) and yang tak boleh bla, main Lompat Ting-Ting dan Lompat getah, haha, tak tau la macamana boleh main permainan perempuan ni, sebab dulu tak tau pun tu permainan perempuan tengok semua member main selamba je kat sekolah, bila dapat tau tu permainan perempuan terus stop, haha.. Tapi setahun lepas tu, permainan2 macamni dah mula ditinggalkan sebab ada fenomena baru yang menghapuskan game2 tradisional yang unik ni. Contohnya, Tamiya, Beyblade, Crushgears, mainan2 ni pun saya ada toolbox for each types untuk simpan barang2 spare part.. OMG I MISS THAT TIME ^^


Masa ni jugak zaman popular dengan komik. Komik yang popular dikalanan pelajar sekolah rendah masa tu adalah komik Dragonball.. Tapi sayang saya tak layan Dragonball masa tu. Saya time tu suka baca komik Doraemon je hehe ^^V


15 YEARS OLD


Wohoho, ni la time saya mengalami perubahan yang tak berapa mendadak, but ok la, berbeza dari sekolah rendah dulu ==" haha..


Form 3 di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan.. Tahun ni la first time jadi Badan Khas Sekolah, iaitu Pembimbing Rakan Sebaya dengan beruniform sekolah yang berwarna hijau.. Time ni jugak first time kena baca doa perhimpunan kat depan, pergh, first time pegang microphone depan beratus2 org, gemuruh gak la (bajet macam nak nyanyi plak kan, haha) then lama-lama tu dah biasa..

Time ni jugak
Cinta Monyet pertama saya start and still simpan dalam ingatan sebagai kenangan dan pengajaran. Ia bermula apabila saya terserempak......................................... ok boriiiiiiing, neeeext~



First time jugak ada handphone, masa ni mula la nak mintak no kawan tu, no kawan ni,haha.. Time tu semua pakai handphone yang hitam putih je, and siapa yang handphone ada colour tu kira stylo la tu.. Time tu Monophonic pun sanggup bayar RM1 untuk dapatkan tone, nak advanced sikit Polyphonic.. Tapi time tu kalau tak silap dah ada jugak Music Tones macam MP3, but not full song la, just chorus je,haha.. Pada pendapat saya, handphones la yang mengalami technology revolution yang paling pantas sekali berbanding dengan gadget-gadget yang lain.. Fakta or Auta?? Search sendiri..


Tahun ni la bermulanya perjalanan dan misi mengutip markah Ko-Kurikulum sebelum mendapat Tempat Ketiga di Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam pertandingan Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum Kategori Sekolah Harian Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. Pertandingan ini mengambil kira markah bermula semasa Form 3 sehinggalah Form 5.. Sedikit sebanyak, dapat membantu saya menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.. Kalau nak harapkan result SPM saya, result saya biasa2 je.. (Serious, memang betul2 biasa, bukan nak poyo ke apa macam sesetengah orang yang result bagus tapi kata tidak, maklumla amalan merendah diri la katakan, kata mereka lah) 


Klik link ini untuk lihat pencapaian saya: http://amirulhakeemzerotwo.blogspot.com/2011/08/when-i-was-in-school-my-achievements-in.html





20 YEARS OLD


Haha finally.. As I wrote just now, MY BIRTHDAY WAS 20th JULY 2011 ^^V  and I'm Twenty !! HAHA So, macam yang saya pernah tulis kat bahagian About Me,


"Every stage in my life,I will try to be someone better and someone else because now i'm still finding my true personality and finding new principles of life to make me to be a BETTER person but not Perfect!! Now,I'm gonna sketch on my 'Paper of Life'.I hope someday I will finish my drawing and i will name it as 'Drawing of Victory!' before I die. So I need all of you,to support me,to find my destiny and help me to paint my 'Drawing of Victory' so that my drawing not only see victory but also 'colorful' with all of your help..Thank You All!!!~"


So, LET'S START SKETCHING ^^V PEACE~ 

No comments:

Post a Comment