ZeroTwo

Thursday, August 4, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 1

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI PERTAMA (1 RAMADHAN):
-Pahala digandakan sebanyak 70 kali ganda.

-Kalau solat berjemaah insyaAllah akan dapat 27 darjat pahala jika dibandingkan dengan solat bersendirian yang hanya mendapat 1 darjat pahala, insyaAllah.
Dengan itu, kalau anda solat berjemaah pada bulan Ramadhan, 27 darjat pahala digandakan dengan 70 kali ganda. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas pada bulan yang mulia ini.

-Orang yang berjemaah di Mekah pahalanya digandakan sebanyak 100 000 kali ganda (MasyaAllah) dan jika dilakukan pada bulan Ramadhan dengan berjemaah di Mekah maka 100 000 X 70 kali = ?? ??? ??? (SubhanAllah)

-Jika dilakukan amalan sunat pada bulan puasa yakni di bulan Ramadhan ia akan dikira pahala sebagai amalan wajib. Kalau amalan wajib sudah tentulah lebih kan? (Alhamdulillah)

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEDUA (2 RAMADHAN):
-Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan pada bulan puasa selain membayar zakat, bersedekah, mengaji dan semua amalan baik yang diredhai Allah. Terdapat 2 perkara untuk Allah s.w.t dan 2 perkara lagi untuk diri kita sendiri serta saudara-saudara Islam

2 perkara untuk Allah s.w.t adalah:

1) Menyebut kalimah "Lailahailallah" yang bermaksud "Tiada Tuhan melainkan Allah"

2) Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung" 
atau  
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

2 perkara untuk diri sendiri adalah:

1) Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

2) Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Sebab kita memang tidak layak untuk masuk ke Syurga dan tidak pula kita sanggup untuk masuk
ke Neraka. Berdoalah agar diredhai SyurgaNya kepada kita semua, Amiiin..

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, 
walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi.
Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, 
fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

TAZKIRAH TERAWIH HARI KETIGA (3 RAMADHAN):
Malam ni topik utama dia pasal seorang hamba Allah yang tak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Hamba Allah yang bernama Uwais al-Qarni. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kepada Saidina Umar dan Saidina Uthman bahawa selepas kewafatan baginda akan ada seorang hamba Allah  yang makbul doanya. Kisah pemuda ini, Uwais al-Qarni dia mempunyai penyakit kulit, dan dia selalu mendukung anak lembu naik dan turun bukit sehinggalah lembu itu besar lalu dia menyedari
bahawa dia mempunya stamina yang tinggi. Uwais al-Qarni lalu memdukung ibunya yang sudah uzur dari Yaman ke Mekah untuk melakukan ibadah haji untuk ibunya
(jarak Yaman ke Mekah tau2 la kan berapa jauh tu). Sesudah sampai kat depan Kaabah ibu Uwais berdoa lalu menyuruh Uwais al-Qarni berdoa juga untuk pulihkan penyakit kulitnya. Pada mulanya Uwais enggan berdoa kerana malu untuk meminta kepada Allah kerana beliau merasakan bertapa kerdilnya beliau di hadapan Allah. Oleh kerana atas arahan ibu, Uwais al-Qarni lalu berdoa juga kepada Allah agar dpulihkan dari penyakit kulit dan tinggalkan sedikit penyakit itu (Mungkin dia tak mahu sempurna dan rasa bersalah kalau elok, tak tahulah, wallahualam). Saidina Umar dan Saidina Uthman akhirnya jumpa dengan Uwais dan meminta untuk berdoa untuk mereka selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Dua orang sahabat ini sanggup menaja hidup Uwais jika beliau mendoakan mereka berdua. Uwais lalu berkata dia tidak mahu apa-apa dan meminta dua orang sahabat Rasulullah SAW ini merahsiakan tentang perkara ini, kerana beliau tidak mahu dikenali.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEEMPAT (4 RAMADHAN):
Hari ke-4 ni ustaz ni ceramah lebih kepada fakta pendapat dan perkara-perkara yang ada kita tahu dan ada yang
tidak tahu. Walaupun mungkin ada di antara kamu yang mempunyai pendapat yang lain atau bercanggah,
tapi ustaz ni kata dia cuma ambil pendapat yang paling kuat dan paling ramai ulamak setuju dengan 
pendapat ini. Walaunpun ada pendapat masing2, sekali lagi saya tegaskan,
ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

-Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan bermula selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Ustaz tu kata bukanlah bermaksud sebelum ni orang tak berpuasa (ada yang berpuasa) cuma tidak seperti kita berpuasa sekarang pada bulan Ramadhan. (Ustaz tu tak bagitau pulak apa  benda or saya yang tak dengar? tak tau la.. Pendapat saya, maybe sebelum hijrah takde Terawih dan apa yang kita buat time bulan Ramadhan kot,ntahla, ini saya punya pendapat je, apa yang tau dia cuma ckp bermula selepas Hijrah)

-Tidak batal puasanya jika ahli bomba yang terpaksa bertugas dengan memakai tangki oksigen.

-Tidak batal puasanya jika anggota Polis yang terpaksa menyelam or menggunakan tangki oksigen untuk mencari bahan bukti didalam sungai, tasik, laut dan sebagainya.

-Tidak batal dan tidak perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil 
yang diletakkan di bawah lidah serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang lama untuk pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil itu setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

-Batal puasanya dan perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil yang serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya, anda demam dan terpaksa makan panadol kerana demam panas anda kritikal tetapi insyaAllah akan pulih dalam masa 2-3 hari, maka anda perlu Qada' puasa anda.

-Tidak batal puasanya jika terlupa. So, kalau kul 2pm korang terlupa, tidak mengapa dan tidak batal, pastu kul 4pm korang terlupa lagi dan kul 7.30pm korang berbuka sama-sama, haiiiii itu bukan lupa, tapi dah kira nyanyuk tu,haha.. Orang yang nyanyuk terlalu serius tak digalakkan berpuasa.

-Tidak batal puasanya jika dimasukkan air ke dalam badan (menyuntik) apabila hendak 
melakukan pembedahan pantas dan kritikal dan sebagainya. 
Contoh situasi, ada seorang pesakit ni ada penyakit dan perlu disegerakan melakukan pembedahan, lalu doktor memberi pilihan untuk makan ubat atau memasukkan air ke dalam badan dan tiada pilihan lain, maka pesakit itu memilih untuk memasukkan air ke dalam badan, maka sah puasanya. Tetapi tidak sah dan perlu diQada' puasanya jika pesakit itu memilih untuk makan ubat.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KELIMA (5 RAMADHAN):
-Penceramah kali ni dia bekas pekerja Jabatan JAWI dan sekarang dalam Jabatan Syariah dan Halal
(Tak tau jawatan dia apa)

-Penceramah kali ni lebih kurang macam penceramah tazkirah Terawih hari kedua. Cuma ada sedikit berbeza dengan penceramah sebelum ni (walaubagaimanapun, semua ceramah yang disampaikan dua2 penceramah ni baik, jadi eloklah kita buat semua yang disampaikan, ya tak?) Ok, katanya, kita perlu melakukan 4 perkara pada bulan Ramadhan:

1)Memahami dan mengucap kalimah Syahadah dengan bersungguh-sungguh.

Ada satu kisah yang dikongsi penceramah ini. Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang bermana Saad, kulitnya hitam legam, dan lebih gelap daripada Bilal bin Rabah. Sahabat Rasulullah SAW menyampaikan hajatnya untuk berkahwin tetapi apabila dilamar gadis-gadis biasa, tiada seorang yang mahukan Saad ni. Lalu Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabat yang lain agar melamar seorang gadis yang comel. Lalu Saad berasa segan, maklumlah gadis-gadis biasa pun ditolak inikan pula gadis yang comel. Sampai sahaja rombongan sahabat Rasulullah SAW di rumah gadis comel itu,
rombongan itu memberitahu bapa gadis itu bahawa mereka diutuskan Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat untuk melamar anak gadis beliau, namun ditolak bapa anak gadis itu apabila dia mendengar bahawa anaknya dilamar Saad. Lalu anak gadis yang comel itu memberitahu bapanya bahawa rombongan itu diutus Rasulullah SAW, lalu bapa gadis itu memanggil mereka semula dan terima lamaran tersebut. Dengar akan khabar itu, si Saad ni gembiralah dia, dan Rasulullah bertanya ada berapa Dirham yang ada pada Saad? lalu Saad menjawab beliau ada 2000 Dirham. Rasulullah SAW menyuruh Saad menggunakan wangnya itu untuk membeli kelengkapan untuk perkahwinan (mangkuk2, makanan, dan sebagainya). Saad mendengar dan mengikut kata-kata Rasulullah. Semasa Saad membeli barang-barang perkahwinan di bazaar, ada seorang pemuda muncul di tengah-tengah bazaar dan memberitahu bahawa pahlawan-pahlawan tentera memerlukan orang untuk jihad di jalan Allah.
Mendengar akan perkara itu, Saad pun mengambil keputusan untuk melepaskan keinginannya untuk berkahwin lalu menggunakan 2000 Dirham itu untuk membeli baju besi dan perisai untuk berjihad di jalan Allah. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad ini, akhirnya mati syahid di medan perang. Rasulullah SAW tahu yang mati syahid itu Saad kerana Rasulullah SAW tahu akan warna kulit Saad. Seorang yang dipulau oleh masyarakat kerana warna kulitnya akhirnya menjadi wira kepada agama Islam. Rasulullah SAW memang kenal dengan sifat sahabat-sahabatnya. 
Sehingga Rasulullah SAW tahu :
-Jika ada orang mengetuk pintu rumah secara perlahan maka dia ialah Saidina Abu Bakar.
-Jika orang itu mengetuk pintu rumah dengan kuat maka itu ialah Saidina Umar. 
-Jika orang mengetuk pintu di bahagian atas maka itu ialah Saidina Uthman
kerana Saidina Uthman seorang yang tinggi. 
-Jika orang mengetuk pintu rumah di bahagian bawah
maka itu ialah Saidina Ali kerana Saidina Ali rendah orangnya. 

Pada mulanya, saya tak faham apa kena mengena cerita ini dengan kalimah Syahadah?? rupa-rupanya
dalam kisah ini menunjukkan  bahawa bapa kepada gadis comel itu memahami maksud kalimah Syahadah apabila
mendengar rombongan itu utusan Nabi Muhammad SAW lalu membernarkan anaknya berkahwin dengan Saad
dan begitu juga Saad yang mengikut arahan Rasulullah untuk membeli barangan perkahwinan serta 
mengikut dan memahami kalimah Syahadah apabila beliaumenyertai tentera untuk berjihad di 
jalan Allah swt..

2)Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" 

Yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada
Allah Yang Maha Agung" atau 
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia
Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

3)Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

4)Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Itulah 4 perkara yang disampaikan pada malam ini.

Pastu, ustaz itu ada memberitahu dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu rakan-rakan Islam saya.. Ustaz ni kata, Tobassco Sauce HARAM kerana ada DNA Babi yang slalu digunakan di Pizza Hut, bukan sos atas pizza tapi sos yg disediakan ketika dine-in. Tapi bila orang dah dine-in gunakan sauce tu, bila basuh akan gunakan span dan span tu kena samak dan semua pinggan kena. Dia dah buat siasatan serta kertas kerja lalu dihantar ke Mufti kebangsaan dan sekarang hanya 
tunggu Mufti untuk sebarkan perkara ini..

So, kalau nak makan pizza tu makan delivery dan make sure kedai delivery tu xsediakan dine-in service. Macam Domino ada yg sediakan dine-in service ada yang tidak, yela sebab dorg kecik lagi. So, Domino mcm
safer skit la kot,haha..



Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t.. amiiin.. Wassalam..

1 comment: