ZeroTwo

Wednesday, August 24, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 4

ASSALAMUALAIKUM WBT




Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.


TAZKIRAH TERAWIH HARI KEENAM BELAS
(16 RAMADHAN):


-Malam ni ustaz ni memberi tazkirah 10 sebab mengapa doa tidak makbul. Kisah 10 sebab ini diberitahu oleh seorang Wali Allah swt kepada masyarakat di sekitarnya kenapa doa mereka tidak dimakbulkan. Wali Allah swt ini seorang yang kaya. Tinggal atau menetap di Turkey. Wali Allah swt ini memberitahu :


10 SEBAB MENGAPA DOA TIDAK MAKBUL


1) Meninggalkan setiap perintah Allah swt
-Kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah tetapi kamu melanggar perintah Allah swt dan tidak mengikut perintahNya.


-Kamu tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah swt. 


2) Meninggalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW
-Kamu beriman dan mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW tetapi tidak beramal dengan Sunnah Rasulullah SAW.


Ustaz ni beritahu kalau boleh beramal lah dengan Sunnah yang kecil-kecil dahulu, kalau yang kecil tak dapat buat apatah lagi Sunnah-sunnah yang besar. 


Contohnya :
1) Masa berbuka puasa tu, berbukalah dengan Buah Tamar (Kurma). 
2) Mendahulukan kaki kanan apabila memakai kasut.
3) Mendahulukan kaki kiri apabila membuka (menanggalkan) kasut.
4) Masuk rumah/masjid dengan mendahulukan kaki kanan.
5) Keluar rumah/masjid dengan mendahulukan kaki kiri.
6) Menyebut Bismillahirrahmanirrahim sebelum melakukan sesuatu perkara selagi perkara itu tidak dilarang oleh Islam.
7) Menyebut Alhamdulillah selepas berjaya melakukan sesuatu perkara selagi perkara itu tidak dilarang oleh Islam.
8) Dan banyak lagi Sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang senang itu kita ikut. Rasa-rasanya ramai yang dah tahu kan Sunnah Rasulullah SAW apa kan, kalau nak list kat dalam ni banyak kot. So yang atas ni rasanya kita pun still buat lagi, betul tak? kalau still buat maka Alhamdulillah~ ^^


Beramal lah dengan Sunnah Rasulullah SAW, walaupun tidak beramal secara keseluruhannya, lebih baik beramal walaupun sedikit daripada lupa atau tidak beramal langsung.


3) Tidak beramal dengan dengan isi kandungan al-Quran
-Kamu kata kamu beriman dan khatam al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.


-Walaupun kita khatam beribu skali pun, tapi tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup tak boleh jugak kan. Nasihat pada diri saya sendiri dan rakan-rakan.


4) Tidak mengangkat Islam dan tidak meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya
-Kamu mengaku kamu orang Islam tetapi kamu tidak mengiktiraf dan beramal cara Islam.


Oklah, macam zaman sekarang ni ada macam-macam fesyen kan, kalau nak pakai tu, pakai lah pakaian yang sopan.. Janganlah masa kita pergi solat kat surau or masjid pakai baju yang ada tulisan "HELL" "DEVIL" dan lain-lain  yang ada tulisan yang BESAR2 sampai orang boleh baca dan menatap, sebab nanti makmum kat belakang bacalah apa tulisan kat baju kita, dah tak khusyuk orang belakang tu. Ya, memang diakui kadang2 kita semua tak khusyuk 100% tetapi dgn memakai pakaian macamtu kan boleh dikira sebagai menganggu makmum yang lain. 


Kalau perkara yang kontroversi sikit adalah aurat lelaki dan perempuan. Saya tak explain sebab benda ni sensitif bagi sesetengah pihak. Ok End. 
Semoga kita semua mendapat Taufiq dan HidayahNya. Kan kacak, hensem, dan bergaya kalau untuk lelaki bila menutup aurat.  Kalau untuk perempuan kan nampak comel, cantik, ayu, anggun, pesona, bla bla bla dan bla bla bla kalau tutup aurat. Saya pun boleh cair tau tak (kalau saya, cair kepada perempuanlah tak kan laki kot, itu gay tu,codo >.<)


5) Tidak bersedia untuk mati
-Kamu hidup tetapi tidak bersedia untuk mati dan mengingati mati.


-Maksudnya, kita masih tidak puas untuk hidup didunia dan tidak bersedia untuk mati. Bukanlah maksudnya kita tak perlu mencari harta, mengebomkan diri dan sebagainya, tetapi kita selalulah mengingati mati, kerana bila kita selalu mengingati mati, kita secara automatik akan berfikir akan dosa-dosa lalu yang telah kita buat, cukupkah amalan kita dan ia membuatkan kita insaf, bila kita insaf dan bertaubat pasti kita akan redha apabila nyawa kita dicabut dan bersedia untuk mati.


6) Tidak beramal dan tidak bersiap untuk masuk ke Syurga
-Kamu kata kamu ingin masuk ke Syurga tetapi kamu tidak bersiap untuk ke Syurga


-Kita nak sangat masuk Syurga tetapi tak berdoa agar diredhai SyurgaNya. Kita berdoa pun ala kadar je, ingat senang ke Allah swt nak redha dgn kita. Walabagaimanapun Allah swt Maha Pengampun (Tapi janganlah dah taubat buat lagi). Pastu ikut suruhanNya. 


7) Buat perkara yang melayakkan diri untuk masuk ke Neraka
-Kamu kata kamu tidak mahu masuk ke Neraka tetapi kamu membuat perkara yang melayakkan kamu untuk masuk ke dalamnya.


-Kita selalu pesan pada diri sendiri untuk tidak mahu masuk ke Neraka, tetapi kita sendiri membuat perkara-perkara yang berdosa.


8) Melihat atau mencari kelemahan atau aib orang lain, tetapi tidak melihat kelemahan atau aib diri sendiri dan keluarga
-Kamu suka mengata (mengutuk) orang lain tetapi tidak mahu mengubah diri dan keluarga sendiri.


-Haa kira macam jaga tepi kain orang la. Kalau jaga tepi kain orang yang positif tak apa sebab nanti boleh cerita kat isteri (suami bagi yang perempuan) dan anak-anak untuk dijadikan teladan. Contohnya, seorang mak sedang menasihati anaknya supaya belajar rajin-rajin - "Cuba kamu tengok anak Mak Jemah tu Usop, baik budaknya, alim, pandai pulak tu dan bla bla bla" dan sebagainya.


-Tapi janganlah jaga tepi kain orang yang negatif. Tak habis2 nak cari yang negatif and kalau boleh nak aibkan keluarga orang lain je. Contohnya "Eh ko tau tak Mak Jemah, anak Mak Jemoh jahat and nakal budaknya, dahla hisap rokok, buruk perangai tu" Padahal anak sendiri hisap dadah.


-Jaga tepi kain orang tak salah, tetapi janganlah sampai lebih-lebih, pastu bila dapat tahu info yang negatif terus sahaja aibkan. Jaga diri kita, keluarga dan anak-anak dulu barulah masyarakat dan negara. Walaupun keluarga dan anak-anak kita dah baik sekalipun janganlah aib kan orang lain, walau seburuk-buruk mana pun keluarga lain.


9) Pergi menziarahi orang yang telah meninggal dunia tetapi tidak mendapat pengajaran apa-apa
-Kita pergi ziarah orang yang baru sahaja meninggal dunia tetapi tidak mengambil pengajaran semasa menziarahi. Selalulah mengingati mati. 


Contohnya, "Baru semalam aku ketawa dengan dia, hari ini dia dah tiada. Bilakah waktu ku akan tiba?". 


-Pastu ambil teladan dan pengajaran semasa si mati itu masih hidup. Kalau orang yang mati itu, mati kerana menagih dadah, maka ambil iktibar. Jika orang yang mati itu orang yang alim, maka ambil juga iktibar untuk menjadi seperti dia.


10) Mengikuti jejak langkah Syaitan
-Hmm, rasanya korang pun fahamkan apa Syaitan punya kerja. Minum arak, berjudi, berzina, dan sebagainyal. 


TETAPI korang kena ingat, membuat sesuatu perbuatan yang baik juga kadang-kadang sebenarnya kita telah mengikut jejak langkah Syaitan. Apakah perbuatan itu?? Perbuatan seperti Riak, Takbur, Munafik dan sebagainya.. Contohnya :


1) Syaitan akan menyuruh kita bersedekah tetapi jangan disembunyikan tangannya dari dilihat.


2) Syaitan akan menyuruh kita solat, tetapi bukan kerana Allah swt tetapi kerana teman wanita atau teman lelaki (munafik).


3) Dan banyak lagi. Cara nak menhindarinya, sebelum kita membuat sesuatu kebaikan betulkan niat kita dulu, kerana niat kita lah yang akan menjadi perisai dan melindungi kita atau mengancurkan kita dengan sifat Riak, Takbur, Munafik dan sebagainya.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KE-17/18/19/20
(17/18/19/20 RAMADHAN):


-Pada 17-21 Ramadhan saya hanya melakukan Terawih dirumah sahaja, so tiada tazkirah la kan kalau Terawih dirumah kerana pada tarikh tersebut saya pergi ke UiTM Arau, Perlis dan tido di rumah sewa kawan saya untuk membuat clearance nama di sana sebab tidak belajar di situ lagi kerana sekarang membuat fast track Degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Sekian..





Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..


Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam.. 

Monday, August 22, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 3

ASSALAMUALAIKUM WBT




Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEBELAS
(11 RAMADHAN):



-INTRODUCTION-
Pada malam ni ustaz ni memberi tazkirah tanda-tanda besar kemunculan Dajjal. Kalau tanda-tanda kecil ada banyak dan ada pelbagai hujah-hujah, so dia cuma beritahu tanda-tanda besar dulu untuk kita melihat gambaran suasana pada ketika itu. Dia mengambil dari kisah-kisah dari Hadis yang Sahih bukannya dari hadis-hadis yang tidak sahih.. Setiap kali ustaz tu bercerita dia akan masukkan surah-surah atau dalil-dalil untuk membuktikan kisah itu, walaubagaimanapun saya bukanlah Tahfiz al-Quran atau Perawi Hadis untuk menulis kembali apa ayat-ayat al-Quran atau hadis-hadis yang telah diberitahu dan dibacakan dan saya minta maaf kerana tak sertakan dalil-dalil sebab saya tak ingat T.T woo woo~ nak tulis xtau pulak nak eja, salah eja karang salah baca, dosa (Ya Allah ampunilah dosa-dosa kita kerana lalai dan lupa). Kalau curious gak kesahihan cuba try search internet =) Ok, entry saya kali ni saya akan menulis gambaran atau kisah-kisah yang saya dengar pada malam ini. Ok, sekian sahaja introduction kali ni.. (Panjangnya intro) Let's start!! =)




-Tiga tahun sebelum kemunuculan Dajjal adalah 
“Sesungguhnya tiga tahun sebelum kemunculan Ad-Dajjal, di tahun pertama, langit menahan sepertiga air hujannya, bumi menahan sepertiga hasil tumbuhannya, dan di tahun kedua, langit menahan dua pertiga air hujannya, dan bumi juga menahan dua pertiga hasil tanamannya. Dan di tahun ketiga langit menahan seluruh yang ada padanya dan begitu pula bumi, sehingga binasalah setiap yang memiliki gigi pemamah dan kuku.”
(“Kisah Dajjal”— Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani; Pustaka Imam Asy-Syafi’i; hlm. 92)


Ayat ustaz yang bagi tazkirah pada malam tu lebih kurang macam ayat di atas ni la. Ayat di atas ni saya search kat internet sebab saya lupa peristiwa hujan tak turun ni time Dajjal atau Yakjuj Makjuj, tetapi sekarang dah tahu.. 


Tahun Pertama : Ditahan Satu per Tiga (1/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


Tahun Kedua : Ditahan Dua per Tiga (2/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


Tahun Ketiga : Ditahan Seluruh (3/3) air hujan di langit dan hasil tumbuhan daripada tumbuh di bumi.


(Macamanalah agaknya kan pada tahun ketiga tu. Tak dapat bayangkan)


-Lagi tanda kemunculan Dajjal adalah apabila umat Islam bergabung dengan umat Kristian dan membuat perjanjian damai untuk menjatuhkan satu musuh (dalam hadis tidak memberitahu siapa musuh tersebut) lalu umat Islam dan umat Kristian menang besar untuk menjatuhkan satu musuh itu.


-Selepas kemenangan besar itu, umat Kristian tiba-tiba mengangkat Panji (Salib) mereka yang besar dan timbul rasa ketidakpuasan hati di kalangan umat Islam, lalu umat Islam mengambil keputusan untuk merobohkannya (menjatuhkannya). Maka perjanjian damai antara umat Islam dan Kristian akhirnya musnah, lalu berlakunya pertempuran di kawasan setempat itu. Umat Islam menang dalam pertempuran itu, tetapi 9 daripada 10 orang Islam mati dan hanya 1 daripada 10 orang sahaja yang hidup. Ada pendapat mengatakan 99 daripada 100 orang mati dan hanya 1 daripada 100 orang yang hidup.. Orang Islam yang mati ketika itu dianggap mati Syahid..


-Akhirnya Dajjal muncul diantara tengah-tengah negara Iraq dan Syam (Bukan seperti sempadan yang manusia cipta ni, tetapi ditengah2. Ini je ustaz tu sebut). Dajjal mata kanannya dikatakan rosak (buta). Dia berjalan tidak melihat kiri dan kanan, hanya memandang ke hadapan dan apabila ia menoleh kiri atau kanan maka akan berlakulah kemusnahan.


-Dajjal menjelajah ke seluruh pelosok dunia, dan di antara destinasi-destinasi "favourite" dia adalah di kampung-kampung kerana mereka dikatakan senang untuk dihasut oleh Ad-Dajjal. Ad-Dajjal akan menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan dan menghidupkan orang yang telah mati.. Ada seorang pemuda yang kematian Ibubapanya di sebuah kampung, lalu Ad-Dajjal ini dengan kuasa yang dikurniakan oleh Allah swt, Ad-Dajjal ini menghidupkan kembali ibubapa pemuda itu dan ibubapa yang hidup itu padahal bukanlah roh ibubapa yang asal kepada pemuda itu, tetapi Syaitan Laknatullah yang masuk ke dalam jasad ibubapa pemuda itu.. Syaitan yang menyamar sebagai ibubapa kepada pemuda itu menyuruh pemuda itu beriman kepada Ad-Dajjal.. Ramai diantara mereka yang beriman kepada Ad-Dajjal.. Itulah antara kekuasaanya yang dikurniakan oleh Allah swt untuk menguji keimanan hamba-hambaNya.


-Semasa Ad-Dajjal hampir menguasai dunia, hanya ada dua tempat yang selamat dan dilindungi oleh Allah swt. Allah swt mengutuskan ramai / banyak Malaikat yang melindungi pintu masuk ke Kota Mekah dan Kota Madinah dengan pedang yang tidak bersarung (maknanya Malaikat-Malaikat sentiasa besedia). Ramai umat Islam yang berlindung di kedua-dua Kota ini..


-Akhirnya Ad-Dajjal tiba juga dihadapan Kota Madinah. Sewaktu Ad-Dajjal itu tiba di Kota Madinah, Madinah bergegar sebanyak tiga kali dan Ad-Dajjal menyeru agar orang-orang di Kota Madinah beriman dengannya. Setelah diuji keberanian mereka dengan gegaran dan diuji pula keimanan dengan seruan Ad-Dajjal, akhirnya ramai orang Islam sanggup keluar dari Kota Madinah dan menjadi pengikut Ad-Dajjal walaupun mereka mengetahui Madinah dilindungi Malaikat. Ramai pengikut-pengikut yang lemah Imannya menjadi pengikut Ad-Dajjal dan kebanyakkannya tergolong daripada kaum Wanita, sehinggakan lelaki-lelaki atau suami-suami di Kota Madinah terpaksa mengikat isteri-isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka di tiang2 kerana tidak mahu mereka mengikut Ad-Dajjal.


(Ada sahabat Rasulullah SAW yang merupakan seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kisah yang diceritakan oleh Baginda pada ketika itu tentang kemunculan Ad-Dajjal ini: Ya Rasulullah, dimanakah orang-orang Arab yang dianggap bangsa yang hebat pada ketika itu?? Baginda menjawab: Kebanyakkan orang-orang Arab berada di Baitul Maqdis)




-Akhirnya, tiba waktu solat, seluruh umat Islam yang ada didalam Kota Madinah yang masih beriman bersedia untuk menunaikan solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi. Semasa Imam Mahdi ingin menjadi imam kepada solat, tiba2 Nabi Isa AS turun (muncul) ditengah-tengah para jemaah. Imam Mahdi lalu mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada Nabi Isa AS untuk menjadi imam. Lalu Nabi Isa AS menolak (menyuruh) Imam Mahdi mengimamkan solat itu. Solat itu diimamkan oleh Imam Mahdi.


-Setelah menunaikan solat, Nabi Isa AS keluar dari Kota Madinah untuk berdepan dengan Ad-Dajjal.. Dikatakan hanya dengan nafas Nabi Isa AS sahaja mampu mencairkan Ad-Dajjal, tetapi Nabi Isa AS tetap membunuh Ad-Dajjal dengan senjatanya. Apabila matinya Ad-Dajjal maka berlari bertempiaranlah pengikut-pengikut Ad-Dajjal.


-Setelah matinya Ad-Dajjal, Nabi Isa AS memerintah DUNIA YANG ADIL selama 40 tahun. Sehinggakan bersedekah dianggap sesuatu perkara yang membazir dan tidak perlu kerana tidak ada seorang pun yang miskin pada ketika itu.


-Setelah 40 tahun dunia hidup dalam keadaan yang aman dan penuh keadilan, Nabi Isa AS akhirnya wafat. Selepas kewafatan Nabi Isa AS, dunia kembali sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menjadi seperti zaman jahiliah kembali (bahkan lebih teruk daripada zaman kita). Sehingga pada ketika itu, perbuatan zina berlaku di jalanan serta tidak malu atas perbuatannya. Begitu juga pada ketika itu, apabila ada seorang pemuda Islam terdengar kalimah "La ilahailallah" dia akan berkata "aku pernah dengar kalimah itu disebut oleh atuk ku" (Begitu jahil sekali orang Islam pada masa itu)


-Apabila tiba waktu itu, akan tiba satu "angin" yang akan membunuh semua Umat Islam pada ketika itu. Pada waktu itu juga, yang tinggal hanyalah Yakjuj Makjuj bersama-sama orang kafir. Dunia menjadi seperti zaman Jahiliah kembali. Selepas itu Allah memerintahkan Malaikat untuk meniup Sangkakala, maka segala kehidupan yang ada mati termasuk Malaikat-malaikat serta malaikat yang meniup Sangkakala itu. Selepas semua kehidupan mati, Allah swt menghidupkan kembali Malaikat yang meniup sangkakala dan menyuruh ia meniup sangkakala untuk kali kedua. Maka pada tiupan kali kedua, segala kehidupan bangkit kembali di Padang Masyar untuk dihisab.


-Semua manusia dalam keadaan berbogel dan tidak kenal erti malu kerana terlalu bimbang akan nasibnya yang akan berlaku. Orang yang baik timbangannya, dia akan menerima buku amalannya dengan tangan kanannya dan tangan kiri bagi orang yang buruk timbangannya.


-Semasa melintasi titian sirat yang dihadapannya Syurga dan dibawahnya Neraka, ada pelbagai jenis manusia ketika melintasi titian Sirat, ada yang sepantas cahaya, ada yang sepantas angin, ada yang sepantas menuggang lembu / unta / kambing (Haiwan Korban), ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang merangkak, ada yang mengesot, ada yang tergelincir ke dalam Neraka.


-Orang Islam akan masuk ke Syurga akhirnya. Orang yang terakhir yang menjenguk dari Neraka untuk masuk ke Syurga adalah lelaki. Dia menjenguk ke dalam Syurga dan berkata Syurga telah penuh, bagaimana dia hendak masuk. Lalu Allah swt memberitahu lelaki itu bahawa Syurga tidak penuh bahkan setiap seorang penghuni Syurga akan mempunyai ruang mereka sendiri iaitu seluas 10 kali ganda besar Bumi (Ni kalau xcukup jugak xtau la ==" )


TAZKIRAH TERAWIH HARI KEDUA BELAS
(12 RAMADHAN): 


-Ustaz penceramah pada malam ini menceritakan sedikit tentang Imam Maliki dan Imam Syafie.


-Imam Syafie pelajar yang berguru dengan Imam Maliki.


-Imam Syafie telah menghafaz al-Quran sejak beliau berumur 9 tahun lagi. Pada umur 10 tahun beliau menghafal kitab al-Muwatta' karangan Imam Maliki.


-Imam Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali setiap hari dalam solat, yang dikhatamkan di dalam lima solat fardhunya. Maka dalam sebulan Imam Syafie akan khatam al-Quran sebanyak 60 kali. Itu baru sahaja khatam al-Quran yang dikhatamkan didalam solat, belum lagi dicampur dengan hafazan al-Quran yang dikhatamkan ketika tidak dalam solat. So, total Imam Syafie khatam al-Quran dalam sebulan hampir beratus kali la jugak. SubhanAllah! Banyaknya, Alhamdulillah..


-Imam Maliki menunaikan solat sunat Terawih sebanyak 36 Rakaat 


SOLAT TERAWIH


-Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar, solat sunat Terawih mereka hanya lakukan di rumah. Ustaz ni beritahu ada Hadith meriwayatkan "Menunaikan solat lebih baik dilakukan di rumah melainkan yang Fardhu". So, maknanya solat sunat lebih baik dilakukan dirumah, melainkan lima waktu solat fardhu itu, yang kita hendaklah solat secara berjemaah di masjid atau surau. 


-Tetapi berbeza pada zaman pemerintahan Saidina Umar, apabila beliau melihat keadaan yang semakin ramai umat Islam yang sembahyang bersendirian di tiang-tiang masjid, di hujung bucu-bucu ruang masjid dan terlalu bersepah atau serabut di ruangan masjid, maka Saidina Umar menyeru agar mereka menunaikan solat sunat Terawih dilakukan secara berjemaah. Sejak itulah Solat sunat Terawih dilakukan secara berjemaah.


-PENDAPAT PERIBADI SAYA : Saya rasa lebih baik kita pergi solat sunat Terawih di masjid atau surau. Kenapa?? Ada 2 bonus :

1) Sebab di masjid atau surau merupakan tempat utama Rahmat Allah swt diturunkan.





2) Selesai sahaja solat sunat Terawih akan ada Tazkirah Ramadhan. Menghadiri majlis ilmu kan lebih baik daripada solat sunat 1000 Rakaat, ada juga yang berpendapat bahawa lebih baik daripada solat sunat 100 Rakaat.


Memang betul ayat didalam Hadith tersebut bahawa solat sunat di rumah lebih baik dan tidak salah pun. Tetapi Tazkirah Ramadhan tidak dilakukan sepanjang tahun. Mungkin pada bulan-bulan yang lain ada juga majlis ilmu, tetapi cuba jujur dengan diri kita sendiri adakah kita akan hadir majlis ilmu tersebut di surau-surau atau masjid-masjid pada bulan-bulan yang lain?? Mungkin ada yang beri alasan sibuk, tiada masa, errrr dan lain-lain (termasuk dengan diri saya jugak). Kalau ada yang menghadirkan diri maka Alhamdulillah. 


Tapi kalau kita menuntut ilmu Fardhu Kifayah pun dikira majlis ilmu tau. So, tazkirah ni kira macam BONUS la. So, dengan menghadiri majlis ilmu dapatla jugak bonus kan.. Yang mana pergi solat sunat Terawih tu kalau boleh janganlah terus keluar dari masjid atau surau setelah selesai solat Terawih, cuba try dengar tazkirah tu, kadang-kadang ada banyak perkara yang kita tak tahu. Kalau korang keluar awal maka korang tak dapatlah 2 perkara bonus yang saya sebut sebelum ni. Baik korang solat dirumah je =)


*NASIHAT INI UNTUK DIRI SENDIRI DAN DIJADIKAN IKTIBAR UNTUK SEMUA, so tak payah nak condemn2 yang saya bajet bagus ke apa. Lu taknak lu berambus, haha gurau je*



TAZKIRAH TERAWIH HARI KETIGA BELAS
(13 RAMADHAN): 


-Malam ni tak banyak kisah yang jarang kita dengar.. Pada malam ni saya hanya mencatat yang ustaz tu memberitahu :


Kalau kita sedang bersahur kemudian azan Subuh berkumandang dan makanan di atas pinggan masih lagi tidak habis, maka kita masih boleh lagi menghabiskan makanan di dalam pinggan tersebut, dan air boleh minum seteguk dua untuk mengelakkan dari tercekik walaupun azan telah berkumandang.


Tetapi jangan la dah habis separuh pinggan pastu gi tambah lagi nasi atau dah habis makan boleh pulak gi hisap rokok dulu, haa tu memang tak boleh la kan ^^





TAZKIRAH TERAWIH HARI KEEMPAT BELAS
(14 RAMADHAN):


-Malam ni saya pergi solat Terawih kat tempat lain iaitu di Bandar Seri Putra, Selangor..
Hmm, Tazkirah malam ni memang saya tak ada hilang nota ke atau apa ke, cuma pada malam ni saya tak salin apa-apa nota sebab semua tazkirah yang dia beri semuanya saya rasa kita tahu dan sedia maklum. Contohnya, lambatkan bersahur dan awalkan berbuka. Berbuka jangan makan terlalu banyak nanti terawih tak larat dan sebagainya.



TAZKIRAH TERAWIH HARI KELIMA BELAS
(15 RAMADHAN):


-Malam ni saya pergi berbuka puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa. So, tiada tazkirah.. Walauapapun pengalaman berbuka disitu memang seronok. Hargailah Ibubapa korang semua sementara mereka masih hidup.. Kesian tengok budak-budak ni.. Semoga mereka berjaya diDunia dan Akhirat. Amiiin~



Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..


Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam.. 

Wednesday, August 10, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 2

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEENAM (6 RAMADHAN):
-Ada pelbagai golongan yang ditarik keFardhuan mereka untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi pada malam ini ustaz ini hanya sempat mnghujahkan beberapa golongan sahaja kerana kerana kesuntukan masa. Golongan-golongan tersebut adalah:


1) Golongan yang boleh berbuka dan tidak perlu mengQada' kan puasanya.
-Golongan ini khusus kepada golongan orang-orang yang terlalu tua atau uzur yang tidak mempunyai tenaga untuk berpuasa. Contohnya, orang tua yang berumur 70 tahun ke atas yang sudah terlalu uzur dan tidak mampu untuk berpuasa.


-Orang yang mempunyai penyakit yang mengambil masa yang lama untuk pulih atau tidak akan pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih atau tidak akan pulih dan bergantung kepada ubat.



2) Golongan yang boleh berbuka dan perlu mengQada'kan puasanya.

-Golongan bagi mereka yang musafir. Islam tidak memaksa dan membebankan penganut agamanya. Nabi Muhammad SAW memberitahu, Allah swt memberi kelonggaran kepada hambaNya atau memberi "hadiah" kepada hambaNya dan Allah swt suka jika orang menerima "hadiahNya". Nabi Muhammad SAW juga memberitahu tidak salah jika orang itu mampu bertahan dan ingin meneruskan puasanya walaupun bermusafir.
Contohnya orang yang dari Johor nak travel ke Kelantan. Kalau nak dekat waktu cuti raya blh sampai 12 jam travel. So blh berbuka.


-Golongan yang terpaksa makan ubat dan penyakit itu mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya anda demam dan terpaksa makan ubat, maka dicabut kefardhuan untuk berpuasa tetapi perlu mengQada'kan puasanya.


Sekian sahaja hujah2 golongan-golongan yang ditarik kefardhuannya untuk berpuasa. Ada banyak lagi golongan tetapi kesuntukan masa..

TAZKIRAH TERAWIH HARI KETUJUH (7 RAMADHAN):
-Nuzul Quran pada 17 Ramadhan dan juga berlakunya perang yang menentukan hidup mati agama Islam iaitu Perang Badar.

-Dakwah Islamiah adalah cara pendekatan untuk menyebar dan mengajar tentang agama Islam kepada yang bukan Islam.

-Dakyah Islamiah adalah cara pendekatan untuk memulihkan atau menyedarkan dan menginsafkan orang Islam yang hidup tidak berlandaskan Islam yang terpesong akidahnya.

Hmm apa lagi ek, tazkirah malam ni kontroversi skit, dia ada bagi hujah pasal politik, tak perlulah saya tulis apa dia kan, kerana ia topik sensitif. Dia ada hujah yang menyebelahi dua-dua pihak samada kerajaan mahupun pembangkang. Saya rasa dia pemerhati politik jugak kot. Point dia bagus, walaubagaimanapun saya tetap tak nak tulis di sini demi menjaga sensitiviti. Sekian..

TAZKIRAH TERAWIH HARI KELAPAN (8 RAMADHAN):
-Rumah-rumah di Palestin terlalu daif, rumah-rumah disana tidak mempunyai bilik.

Populasi mereka semakin pupus, sehingga di Hospital di sana menyediakan list nama janda-janda untuk lelaki-lelaki kahwini dan melahirkan seramai anak yang mungkin demi menggantikan populasi rakyat yang semakin berkurang secara mendadak.


-Orang Palestin yang menjadi tawanan Israel diseksa dan dihina.


-Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, Rasulullah SAW menjaga tawanan perang mereka dengan baik. Nabi Muhammad SAW bertanya kepada sahabat-sahabat baginda apa yang perlu dilakukan kepada tawanan-tawanan perang ini??


Jawapan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW:


Saidina Umar - mencadangkan agar dipancung semua tawanan perang ini. Maklumla Saidina Umar kan terkenal dengan sifat garangnya =)


Saidina Abu Bakar - mencadangkan agar tawanan boleh membayar wang tebusan sebanyak 4000 dirham untuk setiap seorang. Bagi yang tidak mempunyai wang atau dinar, setiap seorang daripada tawanan dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 10 orang Islam sehingga pandai membaca.


Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan cadangan Saidina Abu Bakar, namun Rasulullah SAW ingin bersikap adil juga bersetuju dengan cadangan Saidina Umar iaitu dengan memancung dua orang tawanan ini iaitu errr saya tak ingat pulak nama mereka berdua ni apa (Ya Allah ampunilah hambamu ini kerana tidak mengingati). Dua orang yang dipancung ini adalah:


1) Orang yang pernah meletakkan banyak najis-najis unta di belakang Nabi Muhammad SAW semasa baginda sedang bersujud menunaikan Solat. (Rasanya ramai tahu cerita ni)


2) Dia merupakan seorang Penghibur (macam artis la)


-Sekian sahaja tazkirah yang saya dengar pada malam ini.. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan =)


TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEMBILAN 
(9 RAMADHAN):
-Malam ni ustaz ni cerita pasal Bani Israel. 


-Pada asalnya Bani Israel tidak mempunyai tanah di bumi ini. Bani Israel tidak mempunyai tempat tinggal sendiri dan tetap kira-kira selama 40 tahun.


-Mereka tinggal sementara di Mesir semasa pemerintahan Firaun lalu Allah swt mengurniakan hidayah dan petunjuk dengan mengutuskan Nabi Musa AS dan Allah mengizinkan mereka tinggal di BaitulMaqdis kerana sebelum ini mereka merupakan golongan Nomad (tidak mempunyai tempat tinggal atau negeri yang tetap)


-Antara Mukjizat Nabi Musa AS, apabila dengan izin Allah swt, Nabi Musa AS mengetuk tongkat mukjizatnya, maka akan terbelah lautan menjadi dua yang membuka laluan untuk menyelamatkan Bani Israel dari tentera-tentera Firaun. Selain itu, dengan izin Allah swt juga, Nabi Musa AS juga pernah mengetuk tongkat mukjizatnya, maka keluarlah 12 pancutan air mata air dari tanah yang mewakili 12 puak Bani Israel agar 12 puak ini tidak berkelahi sesama mereka.


-Ada satu kisah dimana Nabi Musa AS menyuruh umatnya untuk memasuki tempat ibadah dengan merangkak menunduk dan membaca sepotong ayat, (Alamak, saya tak ingat ayat dia apa, Ya Allah ampunilah dosaku kerana tak ingat ayat tersebut T.T) doa yang meminta ampun dan menghapus dosa mereka kepada Allah swt. Tetapi Bani Israel ni menukar ayat tersebut, (bunyi ayat dia hampir sama tapi maksud lain, saya tak ingat jugak T.T) doa yang meminta mengurniakan pelbagai jenis makanan dan mereka memasuki tempat ibadah secara membelakangi tempat ibadah. Sudah dapat tempat tinggal mereka tamak untuk meminta makanan pula.


-Terdapat satu lagi kisah di mana yang membuat Allah swt murka kepada Bani Israel. Atas perintah Allah swt, Nabi Musa AS telah menasihati umatnya agar jangan menangkap ikan dengan apa cara sekalipun pada Hari Sabtu. Pada hari lain barulah boleh menangkap ikan. Lalu Allah swt, ingin memberi ujian keimanan kepada Bani Israel dengan membuatkan ikan-ikan di lautan berkocak dan bergelora pada hari sabtu sahaja dan tidak pada hari lain. Lalu salah satu puak daripada Bani Israel meluahkan rasa tidak puas hati mengapa Allah swt melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu sedangkan pada hari lain lautan tenang sahaja tapi tidak pada hari sabtu yang bergelora dan ikan-ikan berkocak di lautan? dan puak ini bertegas untuk menangkap juga ikan pada hari sabtu. Kemudian ada salah satu puak daripada Bani Israel melarang individu ini daripada menangkap ikan kerana sudah 40 tahun mereka hidup tanpa petunjuk Allah swt dan tidak mahu mengingkari perintah Allah swt. Walaupun sudah dinasihati oleh puak Bani Israel yang masih beriman kepada Allah swt ini, puak yang tamak ini tetap mempunyai akal untuk menipu Allah swt, (maklumla orang Bani Israel kan bijak dan pintar) dia memasang pukat atau kail pada hari Jumaat malam dan membiarkannya sehingga hari Ahad barulah dia mengangkat pukat itu. Maka banyaklah hasilnya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa, lalu Allah swt yang murka menukar wajah-wajah mereka menjadi Khinzir..


TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEPULUH
(10 RAMADHAN):
-Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke mimbar untuk memberi khutbah Sembahyang Jumaat, Rasulullah SAW akan menyahut "amiin" pada setiap anak tangga yang baginda naiki. Sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Rasulullah SAW akan perkara itu. Lalu Rasulullah SAW memberitahu bahawa baginda meng"amiin"kan doa Malaikat pada setiap anak tangga:


1) Anak tangga Pertama = Celakalah (Rugilah) umat Nabi Muhammad SAW yang ketika disebut nama baginda, mereka tidak menyahut kembali.


2) Anak tangga Kedua = Celakalah (Rugila) kamu yang semasa hidup tidak berkhidmat kepada ibubapa.


3) Anak tangga Ketiga = Celakalah (Rugilah) kamu yang tidak mengambil peluang untuk beribadah pada bulan Ramadhan.


-Dosa-dosa yang lepas jangan dilupakan agar dijadikan pengajaran.


-Apabila ia perkara yang berkaitan dengan Dunia, ukurlah dengan orang yang paling rendah darjatnya, agar menyedarkan kita bahawa ada yang lagi susah dari kita serta memupuk rasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak terlalu tamak mengejar harta dan sebagainya.


-Apabila ia perkara yang berkaitan dengan Akhirat, ukurlah dengan orang yang paling tinggi darjatnya, kerana ia akan menyedarkan kita betapa rendahnya akhlak kita, ibadah kita dan sebagainya bagi memotivasikan diri untuk melakukan dengan lebih baik dan perbanyakkan ibadah.








Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..


Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam.. 

Thursday, August 4, 2011

TAZKIRAH TERAWIH BULAN RAMADHAN : VOLUME 1

ASSALAMUALAIKUM WBT





Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.

TAZKIRAH TERAWIH HARI PERTAMA (1 RAMADHAN):
-Pahala digandakan sebanyak 70 kali ganda.

-Kalau solat berjemaah insyaAllah akan dapat 27 darjat pahala jika dibandingkan dengan solat bersendirian yang hanya mendapat 1 darjat pahala, insyaAllah.
Dengan itu, kalau anda solat berjemaah pada bulan Ramadhan, 27 darjat pahala digandakan dengan 70 kali ganda. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas pada bulan yang mulia ini.

-Orang yang berjemaah di Mekah pahalanya digandakan sebanyak 100 000 kali ganda (MasyaAllah) dan jika dilakukan pada bulan Ramadhan dengan berjemaah di Mekah maka 100 000 X 70 kali = ?? ??? ??? (SubhanAllah)

-Jika dilakukan amalan sunat pada bulan puasa yakni di bulan Ramadhan ia akan dikira pahala sebagai amalan wajib. Kalau amalan wajib sudah tentulah lebih kan? (Alhamdulillah)

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEDUA (2 RAMADHAN):
-Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan pada bulan puasa selain membayar zakat, bersedekah, mengaji dan semua amalan baik yang diredhai Allah. Terdapat 2 perkara untuk Allah s.w.t dan 2 perkara lagi untuk diri kita sendiri serta saudara-saudara Islam

2 perkara untuk Allah s.w.t adalah:

1) Menyebut kalimah "Lailahailallah" yang bermaksud "Tiada Tuhan melainkan Allah"

2) Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung" 
atau  
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

2 perkara untuk diri sendiri adalah:

1) Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

2) Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Sebab kita memang tidak layak untuk masuk ke Syurga dan tidak pula kita sanggup untuk masuk
ke Neraka. Berdoalah agar diredhai SyurgaNya kepada kita semua, Amiiin..

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, 
walaa aqwaa alaa Naaril Jahiimi.
Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, 
fainnaka Ghafirun dzambil adziimi

Tuhanku aku tidak layak untuk syurga Mu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

TAZKIRAH TERAWIH HARI KETIGA (3 RAMADHAN):
Malam ni topik utama dia pasal seorang hamba Allah yang tak terkenal di dunia tapi terkenal di langit. Hamba Allah yang bernama Uwais al-Qarni. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kepada Saidina Umar dan Saidina Uthman bahawa selepas kewafatan baginda akan ada seorang hamba Allah  yang makbul doanya. Kisah pemuda ini, Uwais al-Qarni dia mempunyai penyakit kulit, dan dia selalu mendukung anak lembu naik dan turun bukit sehinggalah lembu itu besar lalu dia menyedari
bahawa dia mempunya stamina yang tinggi. Uwais al-Qarni lalu memdukung ibunya yang sudah uzur dari Yaman ke Mekah untuk melakukan ibadah haji untuk ibunya
(jarak Yaman ke Mekah tau2 la kan berapa jauh tu). Sesudah sampai kat depan Kaabah ibu Uwais berdoa lalu menyuruh Uwais al-Qarni berdoa juga untuk pulihkan penyakit kulitnya. Pada mulanya Uwais enggan berdoa kerana malu untuk meminta kepada Allah kerana beliau merasakan bertapa kerdilnya beliau di hadapan Allah. Oleh kerana atas arahan ibu, Uwais al-Qarni lalu berdoa juga kepada Allah agar dpulihkan dari penyakit kulit dan tinggalkan sedikit penyakit itu (Mungkin dia tak mahu sempurna dan rasa bersalah kalau elok, tak tahulah, wallahualam). Saidina Umar dan Saidina Uthman akhirnya jumpa dengan Uwais dan meminta untuk berdoa untuk mereka selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW. Dua orang sahabat ini sanggup menaja hidup Uwais jika beliau mendoakan mereka berdua. Uwais lalu berkata dia tidak mahu apa-apa dan meminta dua orang sahabat Rasulullah SAW ini merahsiakan tentang perkara ini, kerana beliau tidak mahu dikenali.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KEEMPAT (4 RAMADHAN):
Hari ke-4 ni ustaz ni ceramah lebih kepada fakta pendapat dan perkara-perkara yang ada kita tahu dan ada yang
tidak tahu. Walaupun mungkin ada di antara kamu yang mempunyai pendapat yang lain atau bercanggah,
tapi ustaz ni kata dia cuma ambil pendapat yang paling kuat dan paling ramai ulamak setuju dengan 
pendapat ini. Walaunpun ada pendapat masing2, sekali lagi saya tegaskan,
ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"

-Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan bermula selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
Ustaz tu kata bukanlah bermaksud sebelum ni orang tak berpuasa (ada yang berpuasa) cuma tidak seperti kita berpuasa sekarang pada bulan Ramadhan. (Ustaz tu tak bagitau pulak apa  benda or saya yang tak dengar? tak tau la.. Pendapat saya, maybe sebelum hijrah takde Terawih dan apa yang kita buat time bulan Ramadhan kot,ntahla, ini saya punya pendapat je, apa yang tau dia cuma ckp bermula selepas Hijrah)

-Tidak batal puasanya jika ahli bomba yang terpaksa bertugas dengan memakai tangki oksigen.

-Tidak batal puasanya jika anggota Polis yang terpaksa menyelam or menggunakan tangki oksigen untuk mencari bahan bukti didalam sungai, tasik, laut dan sebagainya.

-Tidak batal dan tidak perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil 
yang diletakkan di bawah lidah serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang lama untuk pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil itu setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

-Batal puasanya dan perlu Qada' puasanya jika seseorang itu terpaksa makan ubat pil yang serta terpaksa mengambilnya dan penyakit itu pula mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya, anda demam dan terpaksa makan panadol kerana demam panas anda kritikal tetapi insyaAllah akan pulih dalam masa 2-3 hari, maka anda perlu Qada' puasa anda.

-Tidak batal puasanya jika terlupa. So, kalau kul 2pm korang terlupa, tidak mengapa dan tidak batal, pastu kul 4pm korang terlupa lagi dan kul 7.30pm korang berbuka sama-sama, haiiiii itu bukan lupa, tapi dah kira nyanyuk tu,haha.. Orang yang nyanyuk terlalu serius tak digalakkan berpuasa.

-Tidak batal puasanya jika dimasukkan air ke dalam badan (menyuntik) apabila hendak 
melakukan pembedahan pantas dan kritikal dan sebagainya. 
Contoh situasi, ada seorang pesakit ni ada penyakit dan perlu disegerakan melakukan pembedahan, lalu doktor memberi pilihan untuk makan ubat atau memasukkan air ke dalam badan dan tiada pilihan lain, maka pesakit itu memilih untuk memasukkan air ke dalam badan, maka sah puasanya. Tetapi tidak sah dan perlu diQada' puasanya jika pesakit itu memilih untuk makan ubat.

TAZKIRAH TERAWIH HARI KELIMA (5 RAMADHAN):
-Penceramah kali ni dia bekas pekerja Jabatan JAWI dan sekarang dalam Jabatan Syariah dan Halal
(Tak tau jawatan dia apa)

-Penceramah kali ni lebih kurang macam penceramah tazkirah Terawih hari kedua. Cuma ada sedikit berbeza dengan penceramah sebelum ni (walaubagaimanapun, semua ceramah yang disampaikan dua2 penceramah ni baik, jadi eloklah kita buat semua yang disampaikan, ya tak?) Ok, katanya, kita perlu melakukan 4 perkara pada bulan Ramadhan:

1)Memahami dan mengucap kalimah Syahadah dengan bersungguh-sungguh.

Ada satu kisah yang dikongsi penceramah ini. Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang bermana Saad, kulitnya hitam legam, dan lebih gelap daripada Bilal bin Rabah. Sahabat Rasulullah SAW menyampaikan hajatnya untuk berkahwin tetapi apabila dilamar gadis-gadis biasa, tiada seorang yang mahukan Saad ni. Lalu Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabat yang lain agar melamar seorang gadis yang comel. Lalu Saad berasa segan, maklumlah gadis-gadis biasa pun ditolak inikan pula gadis yang comel. Sampai sahaja rombongan sahabat Rasulullah SAW di rumah gadis comel itu,
rombongan itu memberitahu bapa gadis itu bahawa mereka diutuskan Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat untuk melamar anak gadis beliau, namun ditolak bapa anak gadis itu apabila dia mendengar bahawa anaknya dilamar Saad. Lalu anak gadis yang comel itu memberitahu bapanya bahawa rombongan itu diutus Rasulullah SAW, lalu bapa gadis itu memanggil mereka semula dan terima lamaran tersebut. Dengar akan khabar itu, si Saad ni gembiralah dia, dan Rasulullah bertanya ada berapa Dirham yang ada pada Saad? lalu Saad menjawab beliau ada 2000 Dirham. Rasulullah SAW menyuruh Saad menggunakan wangnya itu untuk membeli kelengkapan untuk perkahwinan (mangkuk2, makanan, dan sebagainya). Saad mendengar dan mengikut kata-kata Rasulullah. Semasa Saad membeli barang-barang perkahwinan di bazaar, ada seorang pemuda muncul di tengah-tengah bazaar dan memberitahu bahawa pahlawan-pahlawan tentera memerlukan orang untuk jihad di jalan Allah.
Mendengar akan perkara itu, Saad pun mengambil keputusan untuk melepaskan keinginannya untuk berkahwin lalu menggunakan 2000 Dirham itu untuk membeli baju besi dan perisai untuk berjihad di jalan Allah. Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad ini, akhirnya mati syahid di medan perang. Rasulullah SAW tahu yang mati syahid itu Saad kerana Rasulullah SAW tahu akan warna kulit Saad. Seorang yang dipulau oleh masyarakat kerana warna kulitnya akhirnya menjadi wira kepada agama Islam. Rasulullah SAW memang kenal dengan sifat sahabat-sahabatnya. 
Sehingga Rasulullah SAW tahu :
-Jika ada orang mengetuk pintu rumah secara perlahan maka dia ialah Saidina Abu Bakar.
-Jika orang itu mengetuk pintu rumah dengan kuat maka itu ialah Saidina Umar. 
-Jika orang mengetuk pintu di bahagian atas maka itu ialah Saidina Uthman
kerana Saidina Uthman seorang yang tinggi. 
-Jika orang mengetuk pintu rumah di bahagian bawah
maka itu ialah Saidina Ali kerana Saidina Ali rendah orangnya. 

Pada mulanya, saya tak faham apa kena mengena cerita ini dengan kalimah Syahadah?? rupa-rupanya
dalam kisah ini menunjukkan  bahawa bapa kepada gadis comel itu memahami maksud kalimah Syahadah apabila
mendengar rombongan itu utusan Nabi Muhammad SAW lalu membernarkan anaknya berkahwin dengan Saad
dan begitu juga Saad yang mengikut arahan Rasulullah untuk membeli barangan perkahwinan serta 
mengikut dan memahami kalimah Syahadah apabila beliaumenyertai tentera untuk berjihad di 
jalan Allah swt..

2)Menyebut kalimah "Astaghfirullahalazim" 

Yang bermaksud "Aku memohon keampunan kepada
Allah Yang Maha Agung" atau 
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih
yang bermaksud "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia
Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya"

3)Memohon kepada Allah s.w.t agar diredhai SyurgaNya kepada kita

4)Memohon kepada Allah s.w.t agar dihindarkan dari azab Api Neraka

Itulah 4 perkara yang disampaikan pada malam ini.

Pastu, ustaz itu ada memberitahu dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu rakan-rakan Islam saya.. Ustaz ni kata, Tobassco Sauce HARAM kerana ada DNA Babi yang slalu digunakan di Pizza Hut, bukan sos atas pizza tapi sos yg disediakan ketika dine-in. Tapi bila orang dah dine-in gunakan sauce tu, bila basuh akan gunakan span dan span tu kena samak dan semua pinggan kena. Dia dah buat siasatan serta kertas kerja lalu dihantar ke Mufti kebangsaan dan sekarang hanya 
tunggu Mufti untuk sebarkan perkara ini..

So, kalau nak makan pizza tu makan delivery dan make sure kedai delivery tu xsediakan dine-in service. Macam Domino ada yg sediakan dine-in service ada yang tidak, yela sebab dorg kecik lagi. So, Domino mcm
safer skit la kot,haha..



Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t.. amiiin.. Wassalam..