Ini hanya sekadar perkongsian ilmu lagipun
Rasulullah SAW pernah bersabda
"Percanggahan pendapat antara ulamak-ulamak ku adalah Rahmat Allah swt"
Ada banyak isi-isi yang disampaikan pada setiap ceramah terawih di tempat saya ni sebenarnya tetapi banyak yang kita sudah sedia maklum atau sudah mengetahui dan disini saya cuma ingin berkongsi ilmu yang saya rasa ramai lagi yang tidak tahu, untuk dijadikan pengajaran bersama, dan yang buruk dijadikan sempadan.
TAZKIRAH TERAWIH HARI KEENAM (6 RAMADHAN):
-Ada pelbagai golongan yang ditarik keFardhuan mereka untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi pada malam ini ustaz ini hanya sempat mnghujahkan beberapa golongan sahaja kerana kerana kesuntukan masa. Golongan-golongan tersebut adalah:
1) Golongan yang boleh berbuka dan tidak perlu mengQada' kan puasanya.
-Golongan ini khusus kepada golongan orang-orang yang terlalu tua atau uzur yang tidak mempunyai tenaga untuk berpuasa. Contohnya, orang tua yang berumur 70 tahun ke atas yang sudah terlalu uzur dan tidak mampu untuk berpuasa.
-Orang yang mempunyai penyakit yang mengambil masa yang lama untuk pulih atau tidak akan pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih atau tidak akan pulih dan bergantung kepada ubat.
-Ada pelbagai golongan yang ditarik keFardhuan mereka untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi pada malam ini ustaz ini hanya sempat mnghujahkan beberapa golongan sahaja kerana kerana kesuntukan masa. Golongan-golongan tersebut adalah:
1) Golongan yang boleh berbuka dan tidak perlu mengQada' kan puasanya.
-Golongan ini khusus kepada golongan orang-orang yang terlalu tua atau uzur yang tidak mempunyai tenaga untuk berpuasa. Contohnya, orang tua yang berumur 70 tahun ke atas yang sudah terlalu uzur dan tidak mampu untuk berpuasa.
-Orang yang mempunyai penyakit yang mengambil masa yang lama untuk pulih atau tidak akan pulih.
Contohnya, pesakit jantung yang terpaksa makan ubat pil setiap 6 jam dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih atau tidak akan pulih dan bergantung kepada ubat.
2) Golongan yang boleh berbuka dan perlu mengQada'kan puasanya.
-Golongan bagi mereka yang musafir. Islam tidak memaksa dan membebankan penganut agamanya. Nabi Muhammad SAW memberitahu, Allah swt memberi kelonggaran kepada hambaNya atau memberi "hadiah" kepada hambaNya dan Allah swt suka jika orang menerima "hadiahNya". Nabi Muhammad SAW juga memberitahu tidak salah jika orang itu mampu bertahan dan ingin meneruskan puasanya walaupun bermusafir.
Contohnya orang yang dari Johor nak travel ke Kelantan. Kalau nak dekat waktu cuti raya blh sampai 12 jam travel. So blh berbuka.
-Golongan yang terpaksa makan ubat dan penyakit itu mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya anda demam dan terpaksa makan ubat, maka dicabut kefardhuan untuk berpuasa tetapi perlu mengQada'kan puasanya.
Sekian sahaja hujah2 golongan-golongan yang ditarik kefardhuannya untuk berpuasa. Ada banyak lagi golongan tetapi kesuntukan masa..
TAZKIRAH TERAWIH HARI KETUJUH (7 RAMADHAN):Contohnya orang yang dari Johor nak travel ke Kelantan. Kalau nak dekat waktu cuti raya blh sampai 12 jam travel. So blh berbuka.
-Golongan yang terpaksa makan ubat dan penyakit itu mengambil masa yang sekejap untuk pulih.
Contohnya anda demam dan terpaksa makan ubat, maka dicabut kefardhuan untuk berpuasa tetapi perlu mengQada'kan puasanya.
Sekian sahaja hujah2 golongan-golongan yang ditarik kefardhuannya untuk berpuasa. Ada banyak lagi golongan tetapi kesuntukan masa..
-Nuzul Quran pada 17 Ramadhan dan juga berlakunya perang yang menentukan hidup mati agama Islam iaitu Perang Badar.
-Dakwah Islamiah adalah cara pendekatan untuk menyebar dan mengajar tentang agama Islam kepada yang bukan Islam.
-Dakyah Islamiah adalah cara pendekatan untuk memulihkan atau menyedarkan dan menginsafkan orang Islam yang hidup tidak berlandaskan Islam yang terpesong akidahnya.
Hmm apa lagi ek, tazkirah malam ni kontroversi skit, dia ada bagi hujah pasal politik, tak perlulah saya tulis apa dia kan, kerana ia topik sensitif. Dia ada hujah yang menyebelahi dua-dua pihak samada kerajaan mahupun pembangkang. Saya rasa dia pemerhati politik jugak kot. Point dia bagus, walaubagaimanapun saya tetap tak nak tulis di sini demi menjaga sensitiviti. Sekian..
TAZKIRAH TERAWIH HARI KELAPAN (8 RAMADHAN):
-Rumah-rumah di Palestin terlalu daif, rumah-rumah disana tidak mempunyai bilik.
Populasi mereka semakin pupus, sehingga di Hospital di sana menyediakan list nama janda-janda untuk lelaki-lelaki kahwini dan melahirkan seramai anak yang mungkin demi menggantikan populasi rakyat yang semakin berkurang secara mendadak.
-Orang Palestin yang menjadi tawanan Israel diseksa dan dihina.
-Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, Rasulullah SAW menjaga tawanan perang mereka dengan baik. Nabi Muhammad SAW bertanya kepada sahabat-sahabat baginda apa yang perlu dilakukan kepada tawanan-tawanan perang ini??
Jawapan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW:
Saidina Umar - mencadangkan agar dipancung semua tawanan perang ini. Maklumla Saidina Umar kan terkenal dengan sifat garangnya =)
Saidina Abu Bakar - mencadangkan agar tawanan boleh membayar wang tebusan sebanyak 4000 dirham untuk setiap seorang. Bagi yang tidak mempunyai wang atau dinar, setiap seorang daripada tawanan dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya 10 orang Islam sehingga pandai membaca.
Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan cadangan Saidina Abu Bakar, namun Rasulullah SAW ingin bersikap adil juga bersetuju dengan cadangan Saidina Umar iaitu dengan memancung dua orang tawanan ini iaitu errr saya tak ingat pulak nama mereka berdua ni apa (Ya Allah ampunilah hambamu ini kerana tidak mengingati). Dua orang yang dipancung ini adalah:
1) Orang yang pernah meletakkan banyak najis-najis unta di belakang Nabi Muhammad SAW semasa baginda sedang bersujud menunaikan Solat. (Rasanya ramai tahu cerita ni)
2) Dia merupakan seorang Penghibur (macam artis la)
-Sekian sahaja tazkirah yang saya dengar pada malam ini.. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan =)
TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEMBILAN
(9 RAMADHAN):
-Malam ni ustaz ni cerita pasal Bani Israel.
-Pada asalnya Bani Israel tidak mempunyai tanah di bumi ini. Bani Israel tidak mempunyai tempat tinggal sendiri dan tetap kira-kira selama 40 tahun.
-Mereka tinggal sementara di Mesir semasa pemerintahan Firaun lalu Allah swt mengurniakan hidayah dan petunjuk dengan mengutuskan Nabi Musa AS dan Allah mengizinkan mereka tinggal di BaitulMaqdis kerana sebelum ini mereka merupakan golongan Nomad (tidak mempunyai tempat tinggal atau negeri yang tetap)
-Antara Mukjizat Nabi Musa AS, apabila dengan izin Allah swt, Nabi Musa AS mengetuk tongkat mukjizatnya, maka akan terbelah lautan menjadi dua yang membuka laluan untuk menyelamatkan Bani Israel dari tentera-tentera Firaun. Selain itu, dengan izin Allah swt juga, Nabi Musa AS juga pernah mengetuk tongkat mukjizatnya, maka keluarlah 12 pancutan air mata air dari tanah yang mewakili 12 puak Bani Israel agar 12 puak ini tidak berkelahi sesama mereka.
-Ada satu kisah dimana Nabi Musa AS menyuruh umatnya untuk memasuki tempat ibadah dengan merangkak menunduk dan membaca sepotong ayat, (Alamak, saya tak ingat ayat dia apa, Ya Allah ampunilah dosaku kerana tak ingat ayat tersebut T.T) doa yang meminta ampun dan menghapus dosa mereka kepada Allah swt. Tetapi Bani Israel ni menukar ayat tersebut, (bunyi ayat dia hampir sama tapi maksud lain, saya tak ingat jugak T.T) doa yang meminta mengurniakan pelbagai jenis makanan dan mereka memasuki tempat ibadah secara membelakangi tempat ibadah. Sudah dapat tempat tinggal mereka tamak untuk meminta makanan pula.
-Terdapat satu lagi kisah di mana yang membuat Allah swt murka kepada Bani Israel. Atas perintah Allah swt, Nabi Musa AS telah menasihati umatnya agar jangan menangkap ikan dengan apa cara sekalipun pada Hari Sabtu. Pada hari lain barulah boleh menangkap ikan. Lalu Allah swt, ingin memberi ujian keimanan kepada Bani Israel dengan membuatkan ikan-ikan di lautan berkocak dan bergelora pada hari sabtu sahaja dan tidak pada hari lain. Lalu salah satu puak daripada Bani Israel meluahkan rasa tidak puas hati mengapa Allah swt melarang mereka menangkap ikan pada hari sabtu sedangkan pada hari lain lautan tenang sahaja tapi tidak pada hari sabtu yang bergelora dan ikan-ikan berkocak di lautan? dan puak ini bertegas untuk menangkap juga ikan pada hari sabtu. Kemudian ada salah satu puak daripada Bani Israel melarang individu ini daripada menangkap ikan kerana sudah 40 tahun mereka hidup tanpa petunjuk Allah swt dan tidak mahu mengingkari perintah Allah swt. Walaupun sudah dinasihati oleh puak Bani Israel yang masih beriman kepada Allah swt ini, puak yang tamak ini tetap mempunyai akal untuk menipu Allah swt, (maklumla orang Bani Israel kan bijak dan pintar) dia memasang pukat atau kail pada hari Jumaat malam dan membiarkannya sehingga hari Ahad barulah dia mengangkat pukat itu. Maka banyaklah hasilnya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Kuasa, lalu Allah swt yang murka menukar wajah-wajah mereka menjadi Khinzir..
TAZKIRAH TERAWIH HARI KESEPULUH
(10 RAMADHAN):
-Semasa Nabi Muhammad SAW naik ke mimbar untuk memberi khutbah Sembahyang Jumaat, Rasulullah SAW akan menyahut "amiin" pada setiap anak tangga yang baginda naiki. Sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada Rasulullah SAW akan perkara itu. Lalu Rasulullah SAW memberitahu bahawa baginda meng"amiin"kan doa Malaikat pada setiap anak tangga:
1) Anak tangga Pertama = Celakalah (Rugilah) umat Nabi Muhammad SAW yang ketika disebut nama baginda, mereka tidak menyahut kembali.
2) Anak tangga Kedua = Celakalah (Rugila) kamu yang semasa hidup tidak berkhidmat kepada ibubapa.
3) Anak tangga Ketiga = Celakalah (Rugilah) kamu yang tidak mengambil peluang untuk beribadah pada bulan Ramadhan.
-Dosa-dosa yang lepas jangan dilupakan agar dijadikan pengajaran.
-Apabila ia perkara yang berkaitan dengan Dunia, ukurlah dengan orang yang paling rendah darjatnya, agar menyedarkan kita bahawa ada yang lagi susah dari kita serta memupuk rasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak terlalu tamak mengejar harta dan sebagainya.
-Apabila ia perkara yang berkaitan dengan Akhirat, ukurlah dengan orang yang paling tinggi darjatnya, kerana ia akan menyedarkan kita betapa rendahnya akhlak kita, ibadah kita dan sebagainya bagi memotivasikan diri untuk melakukan dengan lebih baik dan perbanyakkan ibadah.
Janganlah anggap Ramadhan sebagai bulan Puasa, tetapi anggap ia sebagai Bulan Ramadhan, agar tidak menetapkan mentaliti kita yang beranggapan Ramadhan itu puasa, sedangkan Ramadhan merupakan Bulan Ibadah bukan sahaja puasa..
Sekian nota-nota ringkas dari saya semasa menghadiri tazkirah terawih di bulan Ramadhan.. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita semua diredhai oleh Allah s.w.t. Amiiiin.. Wassalam..
perghh terbaek!! g solat katne ni? memang ade tazkirah eh?
ReplyDeleteThx Qila ^^ Owh time ni solat kat Surau al-Falah kat Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.. Yup! ada tazkirah setiap kali habis solat sunat Terawih =)
ReplyDelete